Sebelum ini seorang pengukir, Emanuek Santos berjaya menghasilkan sebuah sculpture Cristiano Ronaldo. Sculpture tersebut dipertontonkan secara umum namun mendapat kritikan hebat oleh netizen.

 

Kritikan itu membuatkan Santos terpaksa mendiamkan diri selama setahun, hanya melihat dan mendengar cemuhan netizen. Sculpture Cristiano Ronaldo tersebut dikatakan tidak menyerupai bintang bola sepak terkenal kelahiran Portugal itu.

sculpture
sumber foto : BBC

Bagaimanapun, selepas berdiam diri daripada kecaman netizen, kali ini Santos muncul semula dengan menghasilkan sebuah sculpture terbaharu bintang bola sepak terkenal itu, sekaligus menutup cemuhan orang ramai sebelum ini.

Kritikan yang terpaksa dihadapi oleh Santos menyebabkan dia dan ahli keluarganya berasa terasing dan terpaksa menanggung malu. Keadaan itu menyebabkan beliau seperti tidak mahu bersemuka ataupun bercakap dengan sesiapa kerana sukar untuk mengendalikan keadaan.

Bukan sekadar dikritik, tetapi orang ramai turut mencabar Santos menghasilkan semula  ukiran kepala pemain terkenal itu. Kemudian memaklumkan perkara itu kepada Bleacher Report untuk sahut cabaran berkenaan dan akan menghasilkan suatu yang baharu dengan ekspresi wajah lebih serius.

sculpture
sumber foto : sport.unian.ua

Proses penghasilan sculpture itu mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Bleacher Report turut berjaya membuat rakaman sculpture itu dalam bentuk dokumentari, kemudian disebarkan kepada umum setahun selepas ukiran disiapkan.

Hasil daripada ukiran tersebut, Santos mahu anaknya supaya memahami tentang usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan, kerana setiap usaha itu tidak boleh dipadamkan dengan kritikan negatif sebaliknya terus memperbaiki kelemahan itu dan cuba tunjukkan kita mampu buat yang terbaik.

Santos yang juga tukang ukir, mempunyai hubungan baik bersama bintang Portugal itu. Walaupun orang ramai sedang mengkritiknya tetapi Ronaldo tidak, malahan memberi pujian dan sangat menyukai ukiran dihasilkan oleh Santos.

sculpture
sumber foto : todayonline.com

Ukiran pertama Santos dipersembahkan kepada umum ketika majlis menamakan lapangan terbang Madeira dengan nama bintang bola sepak itu, yang mana ia merupakan seorang wira tempatan pulau kecil di Portugal itu.

Tambahan lagi, bintang itu juga telah mendominasi minat bola sepak di pulau itu, sejak daripada kecil yang hidup sederhana sehingga berjaya menaikkan dirinya menjadi seorang bintang terkenal dunia.

Menghasilkan sebuah ukiran bukan mudah bagi Santos, diakui bahawa untuk memuaskan hati setiap orang pasti tidak mampu dilakukannya, tapi beliau sudah melakukan yang terbaik. Sungguhpun begitu beliau berjaya bangkit semula sekaligus menutup cemuhan netizen.

Sumber : MyNewsHub

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here