China telah sampai pada satu tahap sangat mengkagumkan apabila berjaya membangunkan sebuah radar tentera super sensetif yang mampu mengesan pergerakan sayap dengung nyamuk sehingga jarak 2 kilometer.
Teknologi radar tersebut sudah pun diuji di sebuah makmal pertahanan Institusi Teknologi Beijing (BIT). Berita tersebut disahkan menerusi sebuah media tempatan memetik kenyataan dibuat oleh seorang saintis kanan projek penyelidikan kerajaan dan identiti dirahsiakan.
Usaha membangunkan teknologi ini bukan lagi suatu bayangan atau imaginasi sains, tetapi ia benar-benar wujud. Teknologi berkenaan mampu jejak sasaran sebesar saiz seekor nyamuk dengan jarak sejauh 2 kilometer.
Projek berkenaan sebenarnya melibatkan teknologi sensitif sistem pertahanan peluru berpandu moden China yang mana direka khas sebagai alat perisai canggih dalam usaha memintas aktiviti serangan udara yang dilakukan secara mengejut oleh musuh luar.
Namun begitu, dilihat nyamuk merupakan pembunuh senyap yang berjaya membunuh ramai manusia dan meninggalkan rekod tertinggi jika dibandingkan dengan rekod kematian akibat semua perang yang digabungkan. Malah gigitan nyamuk juga telah meragut sejuta nyawa, menurut World Healt organization (WHO).
Spesis serangga itu juga memainkan peranan sebagai hos organisma mikro pembawa penyakit daripada sakit malaria, denggi, chikungunya dan virus terbaharu zika tetapi pengawalan kedatangan nyamuk masih menjadi cabaran terbesar seluruh dunia.
Nyamuk dengan fizikal kecil sangat sukar untuk dijejak dan hanya akan disedari kedatangannya apabila ia mulai mendekati tubuh atau telingga seseorang. Lazimnya nyamuk juga lebih suka menyerang manusia jenis darah O dan berbau asid akibat peluh.
Jika sebelum ini rekod radar canggih berada dalam genggaman Agensi Pertahanan Peluru Berpandu Amerika Syarikat (X-band) yang berpangkalan di dasar laut ketika ini dan berupaya mengesan objek sebesar bola besbol dengan jarak sejauh 4,000 kilometer.
Menurut Professor Liu Xingyue, penyelidik Universiti Pertanian China, teknologi radar yang berjaya dibangunkan adalah sebagai senjata tepat untuk memerangi makhluk kecil yang sangat berbahaya sehingga menyebabkan angka kematian meningkat pada setiap tahun.
Long merupakan Pengarah Institut Penyelidikan Teknologi Radar di BIT dan cukup disegani ramai pihak kerana banyak mengetuai program radar utama tentera kebangsaan China sejak sekian lama.
Peruntukan dana sebanyak 82 juta yuan (RM49.8 juta) daripada kerajaan pusat pada akhir tahun lalu bagi membina radar penjejak objek bersaiz nyamuk dan kemudian diuji di lapangan.
Sumber : MyNewsHub
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com