laptop

Boleh dikatakan zaman sekarang ni semua kerja guna komputer ataupun laptop. Pendek kata kerja yang terdedah dengan skrin setiap hari. Bila kena hadap skrin laptop lama-lama, mesti mata kita akan berair dan kesan jangka panjang tu tak payah ceritalah. Jadi, anda yang terpaksa hadap laptop sebab kerja ataupun memang suka bertapa depan laptop kena tahu cara-cara yang betul untuk jaga mata.

laptop

Anda mungkin mempunyai masa yang terhad untuk  pergi check mata ataupun dapatkan rawatan mata sebab busy dengan kerja. Bila mata anda mula kabur dan rosak, kos nak buat spek atau rawatan lasik boleh mencecah sampai ribuan ringgit.

Untuk mudahkan kerja anda, kami kongsikan kepada anda beberapa cara mudah nak jaga mata kalau anda terpaksa hadap laptop hari-hari.

#1. Kelipkan mata anda dengan kerap

Kalau anda jenis yang kena mengadap skrin laptop lapan jam sehari, tidak termasuk ketika menonton movie dekat laptop, cuba kelipkan mata tu slow-slow setiap 20 minit. Kelip macam orang nak terlelap kalau dah mengantuk sangat tu. Ulang sampai 10 kali lepas tu teruskan kerja. Mengikut kajian, sesiapa yang kerap memandang komuter, memang dia akan kurang berkelip dan menyebabkan air mata anda akan menyejat dan lapisan mata akan kering. Bila mata anda kering, ia akan menjadi makin teruk kalau anda berada dalam bilik yang ada aircond.

laptop

#2. Rehatkan pandangan

Otot-otot mata pun nak rehat juga tau. Kalau dah fokus lama-lama sangat depan skrin komputer tu, cuba rehatkan pandangan dengan tengok objek-objek yang jauh setiap 20 minit. Cara ini boleh mengurangkan stress kepada bebola mata anda juga. Cuba pandang objek yang jauh-jauh tu 10 hingga 15 saat lepas tu pandang balik objek yang dekat dengan anda 10 hingga 15 saat jugak. Latihan ini penting supaya otot-otot fokus anda itu tidak kejang selepas anda menggunakan komputer berlebihan.

laptop#3. Luangkan masa untuk rehat

Untuk pengetahuan anda, penggunaan komputer dan berehat lima minit sebanyak empat kali sehari sangat baik, daripada merehatkan Korang tahu tak, orang yang guna komputer dan berehat lima minit empat kali sehari itu lebih baik daripada orang yang rehat 15 minit tapi dua kali sehari je. Kalau hal mata ini, kuantiti untuk rehat itu lagi penting. Bila tiba waktu rehat tu, cuba la jugak buat stretching bahu, leher dan bahagian belakang tu sekali alang-alang

BACA JUGA :   Trend Sambung Bulu Mata: Bahaya Atau Tidak?

laptop#4. Guna pencahayaan yang sesuai

Mata ni selalunya akan jadi lebih letih bila hadap cahaya skrin yang ditambah pulak dengan cahaya matahari dan cahaya lampu dalam rumah. Sepatutnya pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer ni kena separuh malap dari cahaya lampu skrin laptop tu. Guna lampu pejabat atau bilik yang ada intensiti rendah atau guna bilangan lampu yang sikit je. Kalau boleh jangan guna laptop tepi tingkap sebab kat situ banyak cahaya matahari.

 laptop#5. Buat pemeriksaan mata

Yang satu ni nak cakap senang, nak buat memang susah. Mata kita ni sepatutnya kena check sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi anda pernah dengar ada kawan-kawan yang check mata setahun sekali? Tak pernah kan. Kalau yang dapat kerja bersangkut paut dengan komputer, lagilah kena check mata untuk tengok tahap penglihatan dan kesihatan mata anda. Pemeriksaan rawatan ini penting supaya korang tidak terkena masalah mata yang serius ataupun manalah tahu tiba-tiba mata jadi rabun ke. Boleh la rawat awal-awal.

laptop#6. Kurangkan silau

Mata boleh jadi letih sebab silau yang terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding atau skrin komputer. Cuba elak guna dinding bilik yang warna terang macam putih dan cuba guna skrin komputer yang ada filtercahaya. Kalau anda pakai cermin mata, pastikan spek korang tu ada Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk minimumkan kesan silau kat mata. Bila dah kurangkan kesan silau tu, korang boleh kurangkan stress kat mata jugak.

 laptop#7. Upgrademonitor

Tetapkan refresh rate monitor anda supaya lebih dari 75 Hz untuk lebih selesa bila guna komputer atau laptop. Seeloknya cuba tukar monitor jenis lama (CRT) kepada monitor LCD yang macam skrin laptop. Skrin jenis flat ni pulak kena ada dot-pitch yang rendah, contohnya kurang daripada 0.28mm. Dot-pitch rendah ni boleh kurangkan beban kat mata korang, dan lagi elok kalau boleh pilih skrin yang besar. Selesa mata nak pandang, jelas je nampak semua kan.

laptop#8. Ubah suai contrasttulisan dan backgroundkomputer

BACA JUGA :   Rawatan Kecemasan #1: Tip Asas Pertolongan Cemas Luka Melecur

Saiz font yang anda guna kat laptop tu kenalah sesuai dengan tahap penglihatan anda. Saiz font tu kalau boleh bila anda pandang, rasa selesa, anda tidak perlu kecilkan mata bila nak baca. Objek atau tulisan pulak kena guna contras yang berbeza untuk elakkan rasa tidak selesa dekat mata korang. Contohnya macam tulisan warna hitam, kenalah padankan dengan background warna terang. Jangan tiba-tiba background gelap, font pun gelap. Boleh migraine satu hari nak baca. Background pun kalau boleh tak payah serabut sangat bercorak-corak, kasi kosong and tenang dan kalau boleh biarlah warna hijau.

laptop#9. Ubah suai susunan meja kerja

Kalau boleh pilih antara printed copy atau skrin komputer, better letak yang printed copy sebelah monitor komputer guna stand ke apa ke. Cara ni mudah tapi boleh elakkan daripada mata anda jadi letih. Boleh guna lampu meja jugak tapi jangan suluh kat skrin komputer atau dalam bebola mata. Cuba ubah suai kerusi kasi sama level dengan skrin komputer supaya lebih kurang 10 hingga 15 darjah bawah daripada penglihatan anda dan jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya 50 hingga 100 cm.

laptop#10. Pakai cermin mata khas untuk penggunaan komputer

Guna komputer lama-lama ni walaupun tak rabun, elok kalau anda pakai cermin mata khas. Cermin mata khas ni supaya anda lebih selesa buat macam-macam kerja dekat. Cuba dapatkan info daripada optometrist yang dekat-dekat  dan tanya pasal kanta khas ni. Lebih baik berjaga-jaga dari awal daripada tengok-tengok mata dah rosak kan.

Kesimpulannya, jika anda sering terdedah dengan cahaya skrin komuter, anda perlu kerap mendapatkan rawatan untuk mengetahui tahap kesihatan mata anda. Jangan anda abaikan tahap kesihatan mata anda.

Sumber: Duku Langsat

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here