2 syarikat e-dagang terkemuka dunia, Amazon dan Alibaba masing-masing mempunyai formula kejayaan yang tersendiri. Kedua-dua syarikat ini berjaya menghasilkan keuntungan yang cukup besar dan memberikan pulangan berlipat kali ganda kepada pemegang-pemegang saham mereka.

Saham Alibaba telah meningkat sebanyak 63.97% sepanjang 12 bulan yang lalu dan 146.15% dalam masa 2 tahun manakala saham Amazon pula meningkat 67.76% dan 121.44% untuk tempoh masa yang sama.

Walaubagaimanapun, statistik yang dikeluarkan jelas menunjukkan model bisnes yang digunakan Alibaba adalah lebih berjaya berbanding Amazon dari segi margin operasi.

Alibaba amazon

Ini dapat dibuktikan menerusi laporan suku terbaru, yang mencatatkan margin operasi Alibaba adalah 31.25% berbanding Amazon dengan hanya 2.31%.

BACA JUGA :   Rahsia Kejayaan Menjadi Billionaire, Jack Ma Dedah Cara Ubah Mindset Anda Untuk Berjaya Dalam Bisnes Dengan Buku Ini

Pendek kata, model bisnes syarikat yang diasaskan Jack Ma itu lebih menguntungkan berbanding Amazon kerana perbezaan dari segi pendekatan dan penggunaan e-dagang.

Pendekatan Amazon adalah untuk membawa penjimatan kos skala Walmart di atas talian.

Ini bertujuan mewujudkan peruncit besar berdasarkan jumlah yang tinggi, kos rendah yang bergantung pada skala besar dan teknologi untuk menjimatkan kos.

Alibaba

Sebaliknya, pendekatan yang digunakan Alibaba adalah berpaksikan gabungan keusahawanan di atas talian. Dengan cara itu, Alibaba membantu vendor  yang menjual produk di laman Taobao untuk menjadi usahawan. Boleh disifatkan pendekatan syarikat itu terhadap e-dagang adalah sama dengan model eBay.

Tambahan pula, gabungan keusahawanan membantu Alibaba mengaut untung dengan melatih jutaan jurual menjadi kaya-raya, sekali gus mengeluarkan mereka dari zon kemiskinan.

BACA JUGA :   PIKOM, E-Dagang Tarik Minat PKS Dengan 5 MOU

Model sebegini berfungsi dengan sangat baik di negara China, yang mempunyai pasaran internet terbesar di dunia dan 2 kali ganda saiz pasaran di US.

Alibaba
Pengguna-pengguna internet di China adalah sangat ramai.
Sumber : Forbes

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here