Azmin Ali Bakal Tinggalkan Selangor
Rakyat negeri Selangor pastinya berada dalam keadaan berbelah bagi ketika ini apabila Menteri Besar mereka, Azmin Ali hampir pasti akan melepaskan jawatan MB untuk menerima tanggungjawab sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang baru.
Tambahan pula, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telahpun memberi perkenan kepada Azmin Ali untuk menerima jawatan menteri di Putrajaya itu sekali gus bermakna kerusi menteri besar negeri Selangor sah akan digantikan oleh individu lain.
Mengikut prosedur, Azmin haruslah mengemukakan beberapa nama kepada Sultan Selangor sebagai calon yang dirasakan sesuai untuk menggalas tugas sebagai menteri besar yang seterusnya.
Antara 2 nama yang sering disebut-sebut dan dirasakan paling sesuai adalah ADUN Sungai Tua, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin. Kedua-dua calon ini adalah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sudah mentadbir negeri Selangor sejak 2008.
Ramai pihak menjangkakan Dr Shaharuddin adalah lebih layak untuk jawatan MB itu memandangkan beliau adalah kenalan rapat Azmin dan mempunyai latar belakang pendidikan bertaraf PhD dalam bidang demokrasi Islam.
Tidak dinafikan, masyarakat masa kini pastinya mahukan calon yang lengkap dengan tahap intelektual yang tinggi.
Walaubagaimanapun, Amiruddin juga tidak kurang hebatnya. ADUN Sungai Tua itu mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang politik. Di samping itu, Sultan Sharafuddin dilihat lebih selesa bersama beliau berbanding calon-calon lain. Ini mungkin menjadi faktor utama yang harus diambil kira.
Apa-apapun, Azmin Ali akan masih memegang jawatan MB Selangor buat sementara waktu sehingga peralihan kuasa kepada menteri besar baru dapat dijalankan secara lancar dan teratur.
Pastinya kepergian Azmin Ali ke Putrajaya boleh disifatkan sebagai satu kehilangan buat rakyat Selangor kerana beliau telah melaksanakan tanggungjawab dengan cukup baik dan mengamalkan pentadbiran yang mengutamakan rakyat.
Sekiranya anda merasakan ada calon lain yang layak dan harus dipertimbangkan, lontarkan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com