Sebagai langkah prihatin kerajaan Pakatan Harapan dalam menyelesaikan masalah kewangan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah drastik dengan mengumumkan gaji menteri akan dipotong sebanyak 10 peratus.
Langkah itu sememangnya disambut baik oleh jemaah menteri apabila majoritinya dilaporkan bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-7 itu.
Walaubagaimanapun, potongan 10 peratus itu hanyalah dikenakan kepada gaji asas sahaja dan tidak termasuk segala insentif tambahan yang diperolehi oleh seseorang menteri.
Dengan nada berseloroh, Tun Mahathir juga sempat menyindir Datuk Seri Najib Razak dengan memberitahu bahawa gaji pegawai-pegawai tinggi kerajaan sebelum ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan gaji menteri.
Tambahnya lagi, kerajaan Pakatan Harapan tidak bercadang untuk menaikkan gaji jemaah menteri di masa akan datang.
Langkah pemotongan gaji ini boleh disifatkan sebagai tabiat yang sudah sebati dalam era pemerintahan Tun Mahathir. Pada tahun 1981 ketika beliau mula-mula menjadi Perdana Menteri ke-4 dahulu, langkah pertama yang dilakukan Tun M ketika itu adalah memotong gaji menteri dan pegawai kanan kerajaan.
Tidak lain dan tidak bukan, pengumuman pemotongan gaji ini adalah bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan negara, sekali gus membolehkan kerajaan memberikan fokus melangsaikan hutang negara yang sudah mencecah RM1 trillion, seperti yang diumumkan Tun Mahathir baru-baru ini.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com