Selepas proses menggerudi yang memakan masa berjam-jam, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya berjaya membuka peti besi di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta.
Apabila diperiksa, peti besi itu mengandungi sejumlah wang tunai daripada mata wang asing serta beberapa dokumen yang berkait dengan sijil perkahwinan Najib Razak dengan Rosmah Mansor.
Walaubagaimanapun, jumlah sebenar wang tunai yang ditemui dalam peti besi itu belum dapat dipastikan lagi.
Peti besi itu sudah tidak dibuka selama 20 tahun kerana kuncinya dilaporkan telah hilang. Ini menyebabkan pihak polis terpaksa menggunakan khidmat tukang besi untuk menggerudi dan membuka peti tersebut.
Proses menyiasat kandungan peti besi milik Najib Razak tidak terhenti di situ sahaja apabila terdapat 8 lapan lagi peti besi yang belum dibuka di kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya.
Segala bentuk rampasan dan siasatan terhadap Najib ini adalah berkait rapat dengan usaha pihak polis untuk mencari sebarang bukti berhubung skandal penyelewangan dana kerajaan melalui 1MDB.
Secara keseluruhannya, pihak berkuasa telah menggeledah 6 premis setakat ini termasuklah di pejabat dan kediaman rasmi bekas Perdana Menteri itu, serta 4 lagi kediaman persendirian yang dikaitkan dengan nama beliau.
Sebelum ini, PDRM telah merampas 284 kotak mengandungi beg tangan mewah serta 72 beg (luggage) berisi barangan kemas dan wang tunai pelbagai mata wang di kediaman di Pavillion Residence, Kuala Lumpur.
Najib bagaimanapun berulangkali menafikan terlibat dalam sebarang salah laku tersebut.
Apa-apapun, diharapkan agar pihak polis dapat menjalankan tugas dengan baik dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com