Susulan daripada keputusan Amerika Syarikat membuka kedutaan rasmi di Baitulmaqdis Isnin lalu, tindakan tersebut dikecam oleh pelbagai pihak termasuklah negara-negara wakil diplomat asing lain yang tidak bersetuju.
Ini terbukti apabila majoriti wakil diplomat asing yang dijemput dalam majlis meraikan sambutan pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu itu tidak menghadirkan diri dengan sengaja.
Sebanyak 86 negara yang dijemput dalam majlis tersebut dan hanya 33 sahaja yang mengesahkan kehadiran. Antara senarai yang hadir ialah delegasi dari Guatemala dan Paraguay, Hungary, Romania dan Republik Czech. Namun tiada langsung wakil dari negara barat Kesatuan Eropah (EU) yang hadir.
Ekoran perpindahan kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis, ramai rakyat Palestin maut ditembak oleh tentera Israel di Sempadan Gaza Isnin lalu akibat pertempuran yang meletus semasa demonstrasi tunjuk perasaan.
Ribuan penduduk Palestin berkumpul berhampiran sempadan, sementara segelintir daripadanya melemparkan batu tanda protes terhadap pembukaan Kedutaan AS di Baitulmaqdis.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 55 mangsa maut ditembak dan selebihnya hampir 3,000 yang lain cedera akibat terkena peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata oleh tentera rejim Israel yang zalim.
Sebelum ini, puluhan penduduk Palestin juga turut dibunuh oleh tentera rejim Zionis apabila mengadakan siri bantahan dan pertempuran di sepanjang sempadan Gaza sejak 30 Mac lalu.
Terbaru, dilaporkan bahawa bahawa majoriti penduduk Palestin dijangka berkumpul pada hari ini bagi membantah tindakan perpindahan pejabat Kedutaan (AS) ke Baitulmaqdis.
Majlis pemindahan Kedutaan AS ke Jerusalem akan diadakan di Jerusalem dengan kawalan keselamatan yang ketat.
Pembukaan kedutaan rasmi (AS) ini akan memberikan kesan yang buruk bukan sahaja kepada keselamatan dan kestabilan rantau sahaja, malah, membahayakan lagi usaha ke arah mencari penyelesaian menyeluruh dan berkekalan antara Palestin- Israel.
Sumber: BERNAMA
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com