Laporan Pengauditan Syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dikategorikan sebagai Rahsia pada 22 Januari 2016 lalu, kini bukan lagi rahsia dan dikategorikan sebagai Dokumen Terbuka.

Laporan Pengauditan

Perkara ini disahkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad dalam satu kenyataan dua perenggan, kemarin.

Menurut beliau, laporan Pengauditan 1MDB diklasifikasikan sebagai rahsia pada 22 Jan 2016 dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) pada 4 Mac 2016.

Laporan Pengauditan Kenyataan ini dilakukan oleh Ketua Audit Negara, ekoran selepas bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kemarin.

Sejarah penubuhan 1Malaysia Development Berhad bermula apabila Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk mengambil alih Terengganu Investment Authority Berhad (TIA), dan pengambilalihan ini telah secara rasminya pada 31 Julai 2009 dan nama (TIA) telah ditukar menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 25 September 2009.

Laporan Pengauditan

Setelah diambil alih menjadi 1MDB, ia tidak lagi merupakan sebuah sovereign wealth fund tetapi menjadi sebagai sebuah syarikat pembangunan strategik yang menjadi syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan  (MKD) dengan modal berjumlah RM1 Bilion dan modal berbayar sebanyak RM1,000,00 sejak penubuhannya. (TIA) yang ditubuhkan oleh Menteri Besar Terengganu diperbadankan (MBI Terengganu)  pada 27 Februari 2009.

BACA JUGA :   EXCO Kerajaan NS Dijangka Umum Pertengahan Minggu Hadapan

Tujuan asal penubuhan (TIA) adalah untuk mewujudkan sovereign wealth fund dengan Dana permulaan sejumlah RM11 Bilion. Dana tersebut akan diperoleh daripada pendapatan royalti minyak tertunggak sejumlah RM6 Bilion dan dana daripada terbitan bon di pasaran kewangan tempatan dan luar negara dengan cadangan Kerajaan Persekutuan menyediakan jaminan sejumlah RM5 Bilion bersandarkan pendapatan minyak masa depan di negeri tersebut.

Laporan Pengauditan

1MDB menjadi isu di negara kita beberapa tahun lepas, semasa era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.  Orang ramai menunggu hasil laporan Jabatan Audit Negara berkaitan 1MDB. Namun, setelah laporan itu selesai, ia menjadi laporan sulit dan rahsia. Hal ini menimbulkan kemarahan dan tanda tanya oleh orang ramai berhubung kes 1MDB.

BACA JUGA :   PAS Isytihar Cuti 10 Mei Jika Berjaya Tawan Terengganu

Selepas ini, orang ramai boleh menarik lafaz lega apabila Laporan 1MDB telah ditarik balik daripada menjadi Akta Rahsia Rasmi dan dijadikan sebagai  dokumen awam. Oleh itu, orang ramai boleh mengetahui selok-belok proses yang berlaku terhadap 1MDB.

Laporan Pengauditan

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai isu 1MDB, laporan itu kini boleh diakses dalam laman web Jabatan Audit Negara di www.audit.gov.my.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here