Selama sebulan umat islam menahan diri daripada makan dan minum namun memenuhi diri dengan amal ibadah serta amalan-amalan sunnah yang dianjurkan untuk menjadikan Ramadhan itu tidak disia-siakan begitu saja.

Pebanyakkan amalan di bulan Ramadhan kerana ia adalah bulan suci yang lebih baik dari seribu bulan. Ganjaran pahala yang dijanjikan juga adalah belipat ganda. Perbetulkan niat dan janganlah sesekali menyambut Ramadhan itu sekadar menahan kelaparan tanpa melakukan amal ibadah wajib dan amalan-amalan sunat.

Siapkan diri anda di bulan suci ini dengan melaksanakan beberapa amalan di bawah ini yang dianjurkan kepada seluruh umat Islam.

#1. Bangun Bersahur

Amalan bersahur merupakan satu perkara amat penting kepada setiap individu. Segelintir ada yang mengatakan ia tidak perlu sebab masih mampu bertahan sehingga sampai waktu berbuka nanti. Tetapi tahukah anda, Rasulullah juga akan bangun untuk bersahur dan bukan untuk memenuhi perut baginda dengan makanan. Baginda bangun bersahur untuk mengambil keberkatan bersahur.

ramadhan
Sumber foto : Plukme

“Bersahurlah kalian, kerana pada santap sahur itu ada keberkahan.” (HR: Bukhari & Muslim)

Kelebihan bersahur;

Daripada Amru bin al-‘As RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (yahudi dan nasrani) itu ialah dengan makan sahur”.

#2. Segera Bebuka Puasa

Apabila tiba waktunya berbuka puasa maka hendaklah kita menyegerakan ia kerana pada ketika itu juga mempunyai kebaikan dan keberkatan. Jika anda sedang memandu dan mendengar laungan azan, berhentilah seketika untuk berbuka walaupun hanya dengan seteguk air dan sebaik-baiknya dengan sebiji kurma.

ramadhan
Sumber foto : utusan

Rasulullah bersabda yang bermaksud;

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa.” (HR: Bukhari & Muslim)

Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T. Minta apa saja kepada Allah, Dia Maha Pemurah lagi Maha Pengampun buat hamba-hambaNya.

#3. Bertadarus Dan Mengkhatamkan al-Quran

Ketika bulan Ramadhan kita mempunyai banyak masa untuk menambah amalan-amalan soleh seperti mengaji atau mendengar ayat suci al-Quran, mendengar ceramah, menyampaikan nasihat, berzikir dan banyak lagi.

ramadhan
Sumber foto : sumsel.tribunnews

Sungguhpun begitu, kita juga dianjurkan untuk mengaji dan mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadhan al-Mubarak.

Ketika bulan Ramadhan tiba Rasulullah akan bertadarus serta mengkhatamkan al-Quran dan itu adalah amalan pengisian baginda bersama para solihin di bulan suci yang penuh barakah ini.

#4. Menyampaikan Kebaikan / Nasihat

Jika anda menyedari ramai yang akan berkata “aku mahu berubah di bulan Ramadhan”, ini kerana mereka yakin dengan melakukan pelbagai amalan soleh dengan menghadiri tazkirah, mendengar dan membaca al-Quran dan banyak lagi akan dapat membantu mereka berhijrah.

ramadhan
Sumber foto : dakwatuna

Bagaimanapun, waktu ini juga anda boleh berkongsi ilmu-ilmu bermanfaat dan bersikap terbuka apabila mendapat teguran atau nasihat daripada seseorang, kerana teguran itu bukanlah menunjukkan seseorang itu mahu menunjukkan dia lebih tahu tetapi mereka sebenarnya menyayangi anda sebagi saudara Islam mereka.

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung.”

(al-Imran: 104)

#5. Menyediakan Juadah Berbuka Puasa Kepada Orang Lain

Ganjaran pahala bagi mereka yang menyediakan juadah berbuka puasa buat orang lain adalah sama seperti seseorang yang berpuasa, dan tidak dikurangkan walaupun sedikit pahala tersebut.

ramadhan
Sumber foto : pas berita

“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR: Nasa’i & Termidzi)

#6. Solat Sunat Tarawih

Solat sunat tarawih merupakan solat yang hanya dilakukan sebulan dalam setahun dan tidak akan ada di bulan-bulan lainnya. Bulan suci inilah merupakan peluang kita sebagai umat Islam untuk menambahkan amalan-amalan sunat.

ramadhan
Sumber foto : iluminasi

Digalakukan secara berjemaah dan boleh juga dilakukan secara bersendirian di rumah ataupun bersama keluarga tersayang.

Rasulullah juga pernah melakukannya secara berjemaah di masjid dan secara bersendirian.

#7. Bertaubat Di Bulan Mulia

Bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan ini Allah akan membuka seluas-luasnya pintu keampunan. Bertaubat dan mohonlah keampunan daripadaNya atas dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini samada secara sengaja ataupun tidak.

ramadhan

Dia Maha pemurah, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Allah lebih suka kepada hamba-hamba yang sering berdoa kepadaNya untuk memohon keampunan dan menghajati sesuatu perkara. Berdoalah nescaya doa kita akan dikabulkan oleh Allah.

#8. Amalan I’tikaf

Amalan iktikaf ini adalah merupakan perbuatan duduk berdiam diri di dalam masjid dengan nawaitu untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT.

ramadhan
Sumber foto : aku sislam

Baginda Rasulullah akan duduk di dalam masjid di awal, pertengahan dan di sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.

Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w pernah bersabda:

“Sesiapa yang beriktikaf satu hari kerana mencari KEREDHAAN ALLAH, dia akan menjadikan antara dirinya dan api neraka sejauh tiga buah parit. Jarak antara setiap satu parit itu lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin.” (Tabrani dan Hakim)

#9. Menghidupkan Lailatul Qadar

Lailatul Qadar ini tidak ada seorang pun yang akan mengetahuinya bila ia akan berlaku. Malam ini adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Tetapi ia akan berlaku pada sepuluh malam terakhir dan saat-saat akhir Ramadhan inil;ah Rasulullah akan berjaga untuk mendapatkan malam Qadar.

ramadhan
Sumber foto : inspirasi ISLAM

Sabda Rasulullah;

“Barangsiapa yang melakukan ibadah salat di malam Lailatul Qadar berdasarkan iman dan ihtissab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

#10. Mengerjakan Umrah

Mengerjakan amalan umrah di bulan mulia ini adalah pahalanya sama seperti mengerjakan ibadah haji. Berdasarkan hadis Rasulullah;

      عُمْرَةً فِي رَمَضَانَ حَجَّةٌ

“Umrah pada bulan Ramadhan menyerupai haji.” [HR. Al-Bukhari & Muslim] dalam riwayat lain, “seperti haji bersamaku.” Sebuah kabar gembira untuk mendapatkan pahala haji bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Sumber : Islami

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here