Satu detik yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, iaitu kepulangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke arena politik. Jika sebelum ini PKR berjanji untuk membebaskan Presiden umum PKR itu jika mereka menang dalam PRU-14 dan hari ini kerajaan baharu telahpun mengotakan janji pembebasan itu.

Seluruh mata rakyat Malaysia pastinya tertumpu di hadapan Pusat Rehabilitasi di Cheras untuk menanti kepulangan seorang lagenda politik yang disegani.

Menerusi sebuah siaran dibuat oleh Astro Awani, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas memancarkan riak wajah yang sangat gembira. Beliau diiringi oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan MB Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Anwar

Bagaimanapun, ketika keluar daripada pusat berkenaan beliau tidak memberi apa-apa kenyataan kepada pihak media. Sebelum masuk ke sebuah kenderaan berwarna hitam beliau juga sempat melambai tangannya kepada orang ramai yang hadir ketika itu.

BACA JUGA :   Peluang Harus Diberikan Dan Jangan Sampai Mendesak??

Dalam pada itu, bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku, pasukan khas yang diketuai oleh PP Sirajuddin Abdul Majid bersama 50 pegawai dan angota Unit Kawalan & Pencegahan (UKP) dan Trup Tindakan Cepat (TTC) Jabatan Penjara Malaysia, mengiringi perjalanan itu.

Maka berakhir lah hukuman penjara selama ini sejurus mendapat pengampunan daripada Lembaga Pengampunan yang telah menjalankan mesyuarat pada pagi ini. Pengerusi umum PKR itu dibebaskan kira-kira pukul 11.30 pagi.

anwar

Selepas itu, Anwar terus menghadap Yang Di-Pertuan Angong di Istana Negara pada pukul 12 tengahari hari ini.

Kedatangan beliau, diperkenan oleh YDPA Sultan Muhammad V untuk bertemu. Turut berada di istana Negara itu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

BACA JUGA :   Peluang Harus Diberikan Dan Jangan Sampai Mendesak??

Bagi melancarkan perjalanan mereka turut dibantu oleh Cawangan Trafik Wilayah Kuala Lumpur Cawangan Khas Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras dan Bahagian Ketenteraan Awam IPD Cheras.

“Mereka turut dibantu oleh Cawangan Trafik Wilayah Kuala Lumpur Cawangan Khas Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras dan Bahagian Ketenteraan Awam IPD Cheras,” menurut sumber Jabatan Penjara.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here