Jumlah kesemua wang tunai yang dirampas daripada kondomunium mewah yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak dilaporkan mencecah nilai RM110 juta, menurut sumber dari PDRM.
Kesemua kotak dan bagasi yang mengandungi wang tunai itu dirampas hasil penggeledahan di Pavilion Residence, Kuala Lumpur pada minggu lalu.

Proses pengiraan wang itu memakan masa yang sangat lama kerana jumlahnya yang terlalu banyak. Pihak polis juga terpaksa mendapatkan bantuan agensi lain seperti Bank Negara Malaysia dalam proses pengiraan.
Satu lagi punca pengiraan menjadi lambat adalah kerana pihak berkuasa perlu merekodkan nombor siri bagi setiap wang kertas bagi tujuan siasatan.
Kira-kira pukul 4 petang pada Rabu (24 Mei) barulah proses pengiraan tamat. Polis mengesahkan jumlah kesemuanya mencecah RM110 juta termasuklah nilai mata wang asing yang turut terdapat di dalam bagasi-bagasi itu.

Di samping itu, pihak polis juga sedang memeriksa nilai barangan-barangan mewah lain yang dirampas termasuklah barang kemas, jongkong emas dan juga beberapa utas jam tangan.
Sebelum ini, satu Malaysia menjadi kecoh apabila PDRM merampas 284 kotak mengandungi beg tangan mewah serta 72 beg (luggage) berisi barangan kemas dan wang tunai pelbagai mata wang di kediaman yang sama.
Penggeledahan ke atas kediaman yang dikaitkan dengan Najib Razak itu adalah sebahagian daripada penyiasatan skandal 1MDB di mana bekas Perdana Menteri itu didakwa menggelapkan dana kerajaan sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi beliau.
Najib Razak bagaimanapun berulangkali menafikan terlibat dalam sebarang salah laku tersebut.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com