Terdahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah timbalan kepada Tun Dr. Mahathir pada tahun 1990-an, mereka berdua merupakan ahli politik yang disegani dan merupakan dua tokoh yang sangat berpengaruh ketika itu.

Setelah lama berkerjasama dalam menguruskan negara, akhirnya mereka masing-masing membawa diri ke haluan bertentangan kerana tidak bersependapat. Ketika itu juga Anwar hangat dikaitkan dengan korupsi dan kes liwat, kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama 9 tahun.

Dalam kes Anwar Ibrahim juga maklumat diperolehi daripada pihak polis, berbeza dengan kes Najib Razak, maklumat diperolehi Tun M dari sumber awam. Media bersama rakyat mengatakan Najib telah merosakkan banyak perkara dalam negara.

“Dalam kes Anwar, saya diberitahu oleh pihak polis tetapi dalam kes Najib, saya tahu dari sumber awam.

BACA JUGA :   Plaza Tol Batu Tiga Dan Sungai Rasau Tidak Akan Dihentikan Pada 2018

“Media dan semua masyarakat umum berkata tentang beliau. Banyak perkara yang dirosakkan, jadi dalam kes Najib saya tahu ia berbeza dengan kes Anwar,” ujar Tun M.

Bagaimanapun pada tahun 2015, Najib yang menerajui kepimpinan UMNO sejak 2009 mula mendapat kritikan daripada pelbagai pihak sama ada dari dalam dan luar negara. Lebih menarik tumpuan apabila Tun Mahathir sendiri yang mengkritik kepimpinan beliau.

Menurut sumber ketika bertanyakan sama ada sukar bagi Tun M untuk mengambil tindakan terhadap Najib Razak, memandangkan hubungan beliau dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien suatu ketika dahulu. Tun M juga mengakui telah melantik Najib Razak kerana berasa terhutang budi kepada Razak.

BACA JUGA :   Tun Dr Mahathir Mohamad Kini Perdana Menteri Malaysia Ke-7

“Tanpa Tun Razak, saya tidak mungkin akan menjadi Perdana Menteri pada 1981. Beliau  sebenarnya memberitahu Perdana Menteri ke-3 ke Tun Hussien Onn bahawa ketika dalam kesulitan , hubungai saya (Dr Mahathir).

“Ketika beliau diminta untuk memilih tiga Naib Presiden Umno, dia memilih saya. Begitulah bagaimana saya menjadi perdana Menteri, jadi saya berasa terhutang budi kepada Tun Razak. Saya juga fikir Najib akan menjadi seperti bapanya, tetapi saya tersilap,” ujar beliau lagi.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here