Jamal Yunos Dikehendaki

Pihak polis kini sedang giat mencari Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos yang dilaporkan telah menghilangkan diri ketika berada dalam tahanan polis di Hospital Pakar Ampang Puteri semalam.

Kehilangan Jamal itu disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira pada jam 5.30 petang.

Jamal Yunos ditahan di atas pertuduhan mengganggu ketenteraman awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, tahun lepas.

Jamal Yunos
Tindakan Jamal dan konco-konconya memecahkan botol arak di hadapan pejabat SUK Selangor.

Tindakan tersebut adalah simbolik bantahan terhadap penganjuran pesta arak di negeri itu kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Selain itu, beliau juga didakwa atas 2 pertuduhan lagi atas kesalahan menceroboh.

BACA JUGA :   Jamal Yunos Bakal Dilantik Menjadi Ketua Pemuda UMNO Yang Baru ?

Walaubagaimanapun, prosiding kes itu terpaksa dijalankan di hospital kerana Jamal sedang mendapatkan rawatan bagi masalah sakit belakang.

Majistret telah menawarkan ikat jamin sebanyak RM 3,000 untuk setiap kes.

Justeru, peguam yang merupakan kenalan rapat Jamal Yunos iaitu Imran Tamrin menjelaskan bahawa Jamal hilang dari hospital kerana beliau menyangka proses ikat jamin sudah selesai.

Mungkin sebab itu, Jamal merasakan dia sudah boleh keluar dari hospital serta merta.

Segala usaha menghubungi dan mengesan Jamal juga tidak berhasil sejak semalam. Jadi, pihak berkuasa menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Jamal untuk tampil membantu siasatan.

Jamal Yunos
Jamal Yunos juga mencuri tumpuan sebelum ini dengan tampil bertuala ketika memprotes isu ketiadaan air di Selangor.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Azmin Ali Bakal Umumkan 2 Calon Ini Sebagai MB Selangor Yang Baru

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here