hitam

Terdapat banyak faktor atau sebab musabab ketiak anda menjadi hitam. Selain faktor genetik, faktor lain ialah cara mencukur rambut ketiak yang salah, faktor usia, pengaruh deodorant atau kosmetik, perubahan hormon saat masa kehamilan dan sebagainya.

Kebiasaannya golongan wanita mengalami masalah ketiak menghitam. Kerana, kebiasaannya kaum wanita sering kali mencukur dan mencabut bulu ketiak mereka. Namun, jika mereka salah dalam mencukur atau mencabutnya, menyebabkan bulu ketiak tumbuh dengan lebih lebat dan meninggalkan bekas hitam.

Anda telah mengeluarkan banyak wang untuk memutihkan dan menghilangkan kesan hitam tersebut, namun masih tidak berjaya? anda tidak perlu khuatir, masih ada cara tradisional yang lebih selamat digunakan untuk mendapatkan kesan ketiak tanpa bekas hitam.

hitam

#1. Kentang

Selain kentang dapat memutihkan kulit wajah, kentang juga berkhasiat untuk dijadikan ramuan bagi pemutih ketiak dan leher anda.

Mudah sahaja, anda hanya perlu hiris atau memarut 1 biji kentang, oleskan parutan kentang tersebut kepada ketiak anda. Biar sehingga kering dan anda boleh membilasnya dengan menggunakan air suam.

Anda akan mendapat kesan pencerahan dan kelembutan serta-merta. Kebiasaannya, ketiak anda akan berasa gatal atau berpeluh disebabkan kesan pigmentasi. Dengan kentang ini, rasa gatal-gatal akan hilang.

hitam

#2. Buah Lemon

Anda boleh menggunakan buah lemon untuk menyelesaikan masalah ketiak hitam. Buah lemon kaya dengan kandungan asid sitrik yang memaksimakan proses pembaharuan sel-sel kulit dan memutihkan bahagian yang gelap dan juga boleh menghilangkan bekas-bekas hitam di ketiak anda sehingga menjadi putih bersih.

BACA JUGA :   Wajib Cuba! Tips Hilangkan Kulit Muka Berminyak

Mudah sahaja cara penggunaannya iaitu, anda perlu memotong buah lemon menjadi 2 bahagian, lalu anda gosokkan satu belahan lemon pada ketiak anda dan selepas itu, rehatkan biarkan sehingga kering dan kemudian anda boleh bersihkan menggunakan air.

hitam

#3. Madu

Madu bertindak sebagai toner semulajadi dan agen pencerah semulajadi.

Anda hanya perlu campurkan madu, jus lemon dan sedikit gula dan gaulkan. Selepas itu, hanya gosokkan campuran itu di ketiak anda. Selain itu, ia juga boleh membantu menyahkan bau badan anda.

hitam

#4. Timun dan kunyit

Timun dan kunyit merupakan tanaman herbal yang mempunyai khasiat untuk memutihkan ketiak.

Anda hanya perlu mencampurkan beberapa cubit kunyit dengan timun, gaulkan dan anda perlu oleskan pada ketiak anda. Amalkan rutin ini setiap 2 kali dalam seminggu, anda akan mendapatkan hasil yang memuaskan.

hitam

#5. Ubat gigi

Ini cara paling mudah untuk anda lakukan dengan menggunakan ubat gigi sahaja. Selain dapat memutihkan gigi, ubat gigi juga dapat menghapuskan sel kulit mati sehingga kulit menjadi putih.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu sapukan ubat gigi pada ketiak yang hitam, lalu anda biarkan sehingga kering. Setelah itu, anda bilaskan dengan air bersih. Mungkin anda akan merasakan sedikit panas ketika anda sapu ubat gigi di ketiak anda.

BACA JUGA :   Mendengar 'Complain' Boleh Merosakkan Otak Anda

hitamSetelah mengikuti cara-cara tradisional ini, untuk mendapatkan kesan yang memuaskan. Anda dinasihatkan untuk menjaga kebersihan ketiak anda. Jangan biarkan ketiak anda basah atau lembap terlalu lama kerana akan mengundang kuman dan bakteria.

Selain itu, anda perlu cukur bulu ketiak dengan cara yang betul dan bersihkan sisa bedak atau deodorant. Bersihkan dengan betul ketika anda mandi. Jangan selalu memakai deodorant kerana terdapat deodorant yang akan membuat ketiak anda menjadi hitam.

Anda juga dinasihatkan supaya memakai pakaian yang selesa. Tidak memakai terlalu ketat. Kerana geseran antara pakaian dengan ketiak dapat membuatkan kulit ketiak menghitam. Gunakan baju yang sedikit longgar pada kawasan ketiak.

Mudahkan? Amalkan petua tradisional ini untuk mendapatkan kesan ketiak yang putih. Masalah ini tidak hanya berlaku kepada wanita, tetapi berlaku juga kepada kaum lelaki.

 Sumber: SirapLimau

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here