Travel ke destinasi-destinasi menarik pastinya menjanjikan pengalaman yang cukup indah buat anda yang gemarkan percutian gaya backpacker. Travel dengan cara sebegitu memang sangat-sangat sebab kerana anda dapat mempelajari budaya-budaya unik, melihat pemandangan cantik yang jarang ditemui dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, setiap backpacker akan punyai ‘cerita’ travel mereka yang tersendiri apabila pulang.

 

Buat anda yang ingin travel gaya backpacker, di sini Team Deenamik berikan 7 tips penting yang akan memudahkan ekspedisi anda :

#1. Pack Barang-Barang Anda Dengan Bijak

tips Backpacker backpacking

Anda perlu ingat bahawa anda akan menggalas backpack untuk jangka masa yang lama. Jadinya, elakkan membuatkan backpack menjadi terlalu berat dengan meletakkan barang-barang yang tidak diperlukan. Minimumkan pakaian yang ingin dibawa, tiada guna bawa banyak baju tetapi tak dipakai pun.

Cara anda menyusun barang di dalam backpack juga penting. Penuhkan barang-barang yang berat di bahagian bawah seperti pakaian, charger phone, kasut dan sebagainya. Barang-barang ringan pula susun di bahagian atas seperti passport, sunglasses supaya senang untuk diambil dan tidak kemik.

#2. Timbang Backpack Anda

tips Backpacker backpacking

Anda pastinya tidak mahu backpack anda terlebih muatan dan dikenakan caj tambahan ketika di lapangan terbang. Kalau boleh, timbang backpack anda siap-siap di rumah supaya senang untuk anda menyusun semula kandungan backpack anda.

#3. Gunakan Produk Serbaguna

tips Backpacker backpacking

Antara salah satu cara untuk meminimumkan berat backpack adalah dengan menggunakan produk serbaguna. Maksudnya, produk yang boleh digunakan untuk banyak kegunaan.

BACA JUGA :   6 Fakta Menarik Tentang Negara Poland

Untuk lelaki misalnya, anda boleh gunakan Nivea Active 3 3-in-1 Body Wash ataupun produk mandian Badlab sebagai syampu, sabun dan juga pencuci muka. Dengan cara ini, anda sudah tak perlu bawak banyak-banyak alatan mandian yang akan memenuhkan ruang backpack.

Bagi wanita pula, ada banyak produk kecantikan yang boleh digunakan untuk rambut dan muka. Jadi, kena pandai-pandailah cari.

#4. Buat Research Terlebih Dahulu

tips Backpacker backpacking

Sebelum memilih mana-mana lokasi yang diingini, buat lah kajian terlebih dahulu tentang tarikan-tarikan menari di tempat itu. Itu akan sangat membantu anda untuk merancang itinerari sepanjang berada di sana.

Lebih penting, nanti bila dah sampai, anda tidaklah terpinga-pinga tentang apa yang ingin dibuat di sana.

#5. Jangan Boros Dalam Berbelanja

Ketika bercuti, elakkan terlalu membazirkan wang untuk perkara yang tidak penting. Cuba jimatkan duit semaksimum mungkin. Kalau boleh dapatkan diskaun untuk masuk ke sesetengah lokasi, cuba dapatkan.

Sekiranya anda anda Kad Pelajar, tunjukkan. Kemungkinan besar anda akan dapat potongan bayaran bila tunjukkan kad tersebut.

Lagi satu, ada sesetengah tempat yang tak kenakan bayaran masuk untuk waktu-waktu tertentu. Misalnya, ada muzium yang bagi masuk percuma pada waktu petang sahaja. Cuba pergi pada waktu tu untuk jimatkan kos.

BACA JUGA :   Menarik ! Air terjun boleh ubah objek jadi batu

#6. Makan Seperti Orang Tempatan

tips Backpacker backpacking

Salah satu kaedah untuk jimatkan kos adalah dengan makan seperti cara orang tempatan. Kurangkan makan di restoran-restoran mewah, dan pergilah ke kedai-kedai makan biasa seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang.

Selain dapat merasai hidangan istimewa yang terdapat di sana, anda juga berpeluang untuk bertemu backpacker-backpacker lain seperti anda di kedai makan.

#7. Banyakkan Bersembang Dengan Orang Sekeliling

Sama ada anda travel berseorangan atau bersama rakan-rakan, sentiasalah rajinkan diri untuk berbual dengan penduduk tempatan ketika bertemu mereka. Apabila berbual, anda dapat mengetahui lebih lanjut tentang info-info eksklusif di tempat yang ingin dilawati. Mereka juga akan memberikan cadangan-cadangan yang lebih bagus kepada mengenai tempat makan, tempat tinggal dan sebagainya.

Lebih menarik, sambil-sambil itu juga anda akan dapat mempelajari bahasa mereka sedikit demi sedikit.

Diharapkan tips-tips yang diberikan dapat memudahkan perjalanan travel backpacker anda. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh kemukakan di dalam ruangan komen di bawah. Akhir kalam, jauh berjalan luas pandangan!

tips Backpacker backpacking

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here