Memiliki perniagaan atau produk sendiri adalah impian setiap orang yang menginginkan kehidupan tanpa kekangan daripada arahan orang atasan atau pun terpaksa menunggu hujung bulan untuk gaji bagi menampung kehidupan.

Perniagaan yang bagus akan menjana pendapatan di samping memberikan manfaat kepada pengguna menerusi perkhidmatan atau produk yang ditawarkan. Untuk membolehkan pendapatan dijana, perniagaan perlulah diketahui oleh bakal pelanggan

Pemilik perniagaan baharu biasanya terlalu bersemangat untuk menjana keuntungan pertama menerusi perniagaan mereka tetapi melupakan perkara yang paling penting dalam perniagaan iaitu memasarkannya.

Pemasaran produk
Memiliki produk sendiri adalah impian seorang usahawan berjaya (Sumber gambar: yourstory.com)

Memasarkan perniagaan itu penting bagi memberitahu tentang kewujudan perniagaan kita di pasaran. Jikalau pelanggan sudah tahu tentang perniagaan kita di dalam pasaran, angan-angan untuk menikmati keuntungan daripada perniagaan kita sendiri adalah lebih tinggi.

Tanpa pemasaran yang mantap, tak usahlah berangan untuk merasai keuntungan yang telah dijana daripada perniagaan sendiri. Tanpa permintaan, kita boleh menunggu pernigaan kita untuk terjunam ke lembah lingkup. Sudah tentu, itu bukanj tujuan utama anda membina perniagaan anda, bukan…?

Dalam memasarkan produk atau perniagaan yang ditawarkan, ada beberapa kesilapan yang sering dilakukan tanpa sedar. Berikut merupakan 3 kesalahan yang boleh dielakkan dalam melakukan pemasaran terhadap perniagaan yang anda miliki.

Pemasaran produk
Strategi pemasaran yang bagus akan mendatangkan keuntungan yang maksimum (sumber gambar: rocketmatter.com)

#1. Terlalu fokus untuk Membina Nama

Pemasaran produk
(Sumber gambar: fluzeseo.co)

Apabila anda mula mendaftarkan perniagaan, anda mula berangan perniagaan anda akan menjadi sebutan dan popular. Oleh itu, anda terlalu fokus dalam membina nama perniagaan anda tetapi itulah kesilapan yang boleh merugikan anda.

Anda perlu tahu penawaran yang berlaku dalam pasaran. Apa yang dimahukan pelanggan. Daripada situ, kita boleh merangka apakah yang boleh kita pasarkan mengikut permintaan yang telah ditinjau.

BACA JUGA :   4 Idea Perniagaan Kecil yang Menguntungkan di Malaysia
Pemasaran produk
(Sumber gambar: medium.com)

‘Test market’ juga penting bagi mengetahui sama ada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan boleh memenuhi permintaan pelanggan. ‘Test market’ ini juga membolehkan untuk kita mengetahui sama ada perniagaan yang akan dibuat akan menguntungkan atau tidak mendapat pasaran.

Jangan takut untuk keluar ke pasaran untuk memasarkan. Semestinya ia akan melibatkan kos, tetapi lebih baik rugi sedikit berbanding kerugian yang bakal ditanggung sekiranya anda terus menerjah pasaran tanpa melakukan sedikit kajian.

#2. Tidak memilih sasaran pelanggan

Pemasaran produk
Memilih sasaran pelanggan adalah penting untuk merangka strategi yang bagus (Sumber: vectorstock.com)

Antara kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh pemilik perniagaan yang baharu adalah tidak memilih sasaran pelanggan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan. Hanya menerjah pasaran tanpa memikirkan apakah sasaran pelanggan.

Anda seharusnya sedar bahawa anda tidak boleh memenuhi permintaan yang ada dalam pasaran. Anda hanyalah entiti kecil yang mahu menguasai pasaran yang terlampau luas ini. Silap hari bulan, anda akan terjerumus ke dalam kerugian.

Pemasaran produk
(Sumber gambar: advisorlearningcenter.com)

 

Jadi, apa yang boleh anda lakukan? Mudah sahaja. Anda perlu memilih satu pasaran kecil yang ada dan hanya fokus pada sasaran tersebut. Promosikan perniagaan dan perkhidmatan anda kepada golongan yang anda mahu fokuskan itu.

Sebagai contoh, anda menjual produk pencuci. Terdapat pelbagai jenis pencuci yangada dalam pasaran. Mungkin anda hanya memfokuskan kepada pencuci pakaian sahaja dan memasarkannya kepada sasaran yang telah dikenal pasti.

BACA JUGA :   ORIGIN CREATIVE “MARAKAN” PERNIAGAAN ANDA !

#3. Tidak memasarkan produk sendiri

Pemasaran produk
Pasarkan produk anda! (sumber gambar: bizwatchnigeria.ng)

Kesilapan paling besar dalam memasarkan perniagaan anda adalah tidak memasarkannya! Betul, anda hanya memfokuskan kepada membina nama dan jenama anda, namun terlupa aspek terpenting dalam perniagaan iaitu memasarkan perniagaan anda.

Pasarkan sahaja. Jangan takut untuk memasarkan apa yang telah anda usahakan. Bak kata pepatah Melayu; kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Betul tak?

Pemasaran produk
(sumber gambar: digitalmarket.asia)

Di luar sana, banyak peralatan yang boleh kita manfaatkan untuk memasarkan apa yang anda sediakan. SEO, Facebook Ads, podcast marketing, dan pelbagai lagi platform yang boleh anda gunakan untuk memasarkan perniagaan anda.

Apabila iklan anda sudah memasuki pasaran, jangan risau untuk mendapat pelanggan. Tetapi, pemasaran produk anda hendaklah berterusan dan konsisten supaya iklan anda sentiasa berada di dalam pasaran.

Seorang usahawan mestilah sentiasa inovatif dalam cuba untuk memaksimumkan keuntungan yang dijana. Jangan takut untuk menggunakan segala sumber yang ada untuk memasaran produk anda.

Sumber: Boss Magazine

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here