PENGECAS WIRELESS KINI TIBA ?

Berita baik buat para pengguna iPhone, anda kini boleh mengecas telefon anda secara wireless menggunakan tempat pengecas khas yang bakal dikeluarkan oleh Apple.

Bukan sahaja telefon, malah anda juga boleh mengecas AirPods anda menggunakan alat tersebut.

Produk berkenaan dijangka mula berada di pasaran pada hujung tahun ini. Walaubagaimanapun, tarikh yang tepat masih belum diumumkan dan berkemungkinan boleh diubah bergantung kepada keadaan.

Perkembangan ini sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh para pengguna iPhone di seluruh dunia. Dengan pengeluaran alat pengecas wireless ini, memberi petanda bahawa Apple terus bergerak maju dalam merealisiasikan impian syarikat itu untuk menjadikan dunia elektronik tanpa wayar buat para pengguna.

BACA JUGA :   3 Petua Untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Telefon Anda
Pengecas Wireless
CEO Apple, Tim Cook

Sungguhpun begitu, syarikat elektronik yang berpangkalan di California itu memberitahu bahawa iPhone 8 dan model-model selepasnya sahaja akan mempunyai fungsi khas pengecasan secara wireless.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2016, AirPods adalah sebuah fon telinga yang boleh dicas di dalam sebuah bekas khas. Ini sedikit sebanyak menyusahkan pengguna kerana mereka perlu menggunakan power cord untuk mengecasnya.

Pengecas WirelessDengan adanya alat pengecas tanpa wayar ini, maka pengguna-pengguna iPhone kini boleh menarik nafas lega.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

BACA JUGA :   Selepas Membaca, Mungkin Akan Menjadi Seorang Pakar Matematik

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here