Wow! Bonus sempena Hari Raya Aidilfitri telah diumumkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang menerusi Ketua Menteri . Dalam pengumuman itu dijelaskan bahawa penjawat awam di negeri itu bakal menerima wang bonus sebanyak RM1,000.

Seramai 3,600 orang penjawat awam bakal menerima bonus. Bonus itu sebenarnya merupakan bantuan khas yang diberikan bagi menghadapi lebaran yang bakal diraihkan pada minggu depan.

โ€œPemberian bonus ini akan melibatkan sejumlah RM3.6 juta dan semoga bantuan khas ini dapat membantu dalam persiapan perayaan kali ini,โ€ ujar Ketua Menteri Chow Kon Yeow, selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awan.

Pada majlis itu turut dihadiri oleh beberapa individu lain antaranya ialah;

i.ย  ย Chow Law Choo Kiang (Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri)

ii.ย  Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (Timbalan Ketua Menteri)

iii. Prof Dr P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II)

iv. Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri), dan barisan exco kerjaan negeri.

Ketika menyampaikan ucapan, Ketua Menteri itu menzahirkan ucapan berterima kasih kepada seluruh penjawat awam di negeri itu atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri baharu.

โ€œSaya bersama barisan kepimpinan kerajaan negeri mengharapkan jalinan kerjasama yang seiring malahan lebih baik lagi jika diberikan oleh penjawat awam negeri.

Malah, beliau turut ingin memastikan negeri itu menjadi salah sebuah negeri yang terbaik dalam negara ini, termasuklah dari segi pembangunan dan infrastrukturnya.

โ€œHal ini demi memastikan pembangunan dan infrastruktur di negeri ini berjalan lancar, serta menjadi sebuah negeri yang lebih baik namun masih mengekalkan aspek keselesaan dan keselamatan di negeri ini,โ€ ujarnya lagi.

Bagaimanapun, ketika ditanya berkenaan masnifesto Pakatan Harapan (PH) iaitu tentang pemansuhan Tol Jambatan Pulau Pinang, Chow menjelaskan ia berada dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Sungguhpun begitu, kerajaan Pulau Pinang sedang dalam usaha menunaikan janji-jani kerajaan Pakatan Harapan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lepas. PH sudahpun menang selepas berjaya menumbangkan gergasi BN, oleh itu janji tetap janji rakyat tetap menunggu janji.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layariย Deenamik.comย dan like FB Pageย Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here