tonton drama Nur tv3

Nur Cetus Kontroversi ?

Pastinya rata-rata masyarakat di negara ini masih merasai kehangatan penangan drama bersiri Nur yang mencetuskan penuh fenomena. Tidak kira tua atau muda, pasti sudah bersedia di hadapan televisyen menantikan bermulanya drama tersebut.

Tidak dinafikan, drama Nur sangat sarat dengan nilai dan mesej yang ingin diketengahkan kepada masyarakat, terutamanya bagi yang beragama Islam. Gaya penceritaan serta plotnya yang ‘fresh’ berjaya mengubah mentaliti orang kita terhadap realiti sebenar dalam kehidupan beragama.

Namun, tidak semua orang bersetuju dengan mesej yang ingin disampaikan. Meskipun sebahagian besar menyokong, ada juga segelintir yang menyifatkan kaedah penyampaiannnya adalah salah dan tidak kena dengan cara.

Sejujurnya, Team Deenamik sangat kagum dengan pengajaran yang cuba diketengahkan oleh drama ini. Jikalau kita lihat dari sudut positif, banyak yang kita boleh pelajari dan ambil iktibar.

Antara golongan yang mengkritik Nur adalah segelintir golongan agamawan di negara ini. Tanpa celoteh panjang, di sini kami ringkaskan sebab-sebab kenapa mereka sangat tidak bersetuju dengan drama Nur :

Golongan Ahli Agama Dipandang Serong

Seperti yang kita tahu, ringkasan drama Nur mengisahkan watak ahli agama yang mempunyai peribadi cukup keji iaitu Ustaz Madi. Realitinya, golongan ahli agama yang rosak akhlak dan bermuka-muka adalah super minoriti. Hakikatnya adalah sangat-sangat sedikit.

Tetapi kerana seorang watak ini, akhirnya masyarakat diberikan ruang untuk membuat kesimpulan bahawa kebanyakan ahli agama  yang berikhtiar mendirikan agama adalah berpotensi mempunyai peribadi yang sama seperti Ustaz Madi.

Bersangka Buruk Kepada ‘Pangkat’ Ustaz

Hanya kerana ada nukilan dari drama yang mengisahkan Ustaz melanggan pelacur, habis satu negara percaya dan bersangka buruk kepada mereka yang berpangkat Ustaz.

Akhirnya, si penziarah lorong-lorong hitam di tengah malam adalah dianggap lebih mulia dari Ustaz-ustaz lain yang solat subuh berjemaah setiap hari dan menangis di tengah malam mengharapkan keampunan Allah.

BACA JUGA :   Buku Kerana Syurga Bukan Percuma Ini Umpama Penawar Untuk Hati Hamba-Nya Yang Lalai

Nur

Pendek kata, golongan Ustaz disuruh untuk disangkanya tidak baik, tetapi diasuh supaya bersangka baik yang berlebihan pula pada golongan maksiat sedangkan bermacam-macam gerakan sedang berlaku untuk memesongkan dan menyesatkan umat.

Lebih buruk, dikhuatiri apa yang akan kekal dalam kepala masyarakat hanyalah 2 perkara iaitu :

  1. Ustaz langgan pelacur
  2. Pelacur ada kemuliaan

Sisi-sisi lain dalam drama tu tak akan ada orang ingat.

Tak perlu cerita pasal maksud tersirat, maksud tersurat.
Tak payah cerita pasal pengajaran
Tak payah cerita pasal subplot.

Sebab orang tak ingat semua itu. Tak akan ada orang ingat.

Ustaz Disinonimkan Sebagai ‘Penunggang Agama’

Ini ialah masalah stigma drama Melayu. Bila konon-konon nak becakap pasal dakwah atau pasal golongan agamawan, pasal ulama, maka akan dicari juga sisi gelap golongan agamawan.

Nur

Seolah-olah bahawa golongan agamawan ni gatal dan bersembunyi dibelakang serban dan jubah. Golongan agamawan ini dianggap tidak bertanggungjawab dan menunggang agama untuk kepentingan sendiri.

Sudah berpuluh tahun drama Melayu mewujudkan persona begini dan drama Nur terus menyambung legasi ini.

Maka, kekal lah kita dalam komuniti yang cuba mencari kebenaran dalam sajian drama dan akhirnya melihat skop jatuh bangun hidup dia melalui ilmu dari drama yang ditontonnya

Dan melihat golongan agamawan dengan penuh prasangka

Agama Islam Mudah Diperlekehkan

Dalam drama
Yang pakai serban belum tentu baik
Sebab serban diletak di atas kepala satu watak yang jijik
Walaupun serban adalah sunnah nabi.

Dalam drama
Yang bertatu mabuk berpeleseran belum tentu tak elok sebab tatu, mabuk dan berpeleseran diletak di atas satu karakter yang dihimpunkan segala simpati.

Dihimpunkan segala kerja keras.

Dihimpunkan segala penindasan seumpama golongan ini 100% adalah golongan terniaya dan tertindas.

BACA JUGA :   Netizen Sebak, Pembaca Berita Legend TV3 Letak Jawatan Secara ‘Live’

Akhirnya yang lahir hanyalah lebih ramai manusia mempertahan golongan maksiat berbanding golongan pejuang agama.

Golongan agamawan di tuntut untuk keluar dan berdakwah dan menyelamatkan golongan maksiat.

Ajaibnya, golongan maksiat tidak pernah dituntut untuk berusaha mencari hidayah. kerana kita kena bersangka baik dengan dia semata-mata, kerana mereka digambarkan golongan baik hati tapi teraniaya.

Kesannya Kepada Persepsi Masyarakat

99.9% pelacur buat maksiat, yang dicanang sana sini hanyalah mengenai kisah pelacur yang bagi minum dekat anjing.
99.9% ahli ibadah mati dalam kemuliaan, yang dicanang disana sini ialah sekerat dua yang sesat di akhir hayat.

Yang majoriti tiada orang peduli atau ambik iktibar.

Lepas ni bertambahlah golongan yang mendidik anak supaya mencurigai golongan pendokong agama dan menyokong kaki maksiat.

Lahirlah lagi ramai Siti Kassim.
Lahirlah lagi ramai golongan yang tak solat tapi tapi dianggap berhati baik.

Realitinya majoriti besar golongan masjid yang menyelusuri lorong-lorong hitam adalah untuk menyelamatkan umat.

Realitinya majoriti kaki maksiat di lorong hitam bekerja sesama mereka untuk rekrut lebih ramai kaki maksiat.

Akhir kalam, hati-hati dengan jarum yang mampu menjauhkan kita dari agama kita.
Hati-hati dengan jarum yang akan menjauhkan masyarakat dari pendokong dan pejuang agama. Sedangkan ideologi ini boleh mempengaruhi keseluruhan generasi.

Tidak semua golongan A  macam itu , dan tidak semua golongan B macam ini.

p/s: Ini adalah pandangan segelintir orang awam dan langsung tidak mewakili Team Deenamik.

Jadi apa pula pandangan anda, adakah anda bersetuju dengan kesemua hujah-hujah ini ? Kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here