Baru-baru ini, heboh di media sosial mengenai beberapa pihak yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra, berikutan isu pelantikan peguam negara baru-baru ini.
Hal ini kerana segelintir pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan penggunaan ayat dan bahasa yang melampaui batasan. Mereka seolah-olah mengkritik peranan Yang di-Pertuan Agong kerana mencampuri urusan pelantikan Peguam negara baru-baru ini.
Termasuklah komen-komen daripada pengguna laman sosial meluahkan rasa tidak puas hati mereka seolah-olah langsung tidak menghormati peranan Yang di-Pertuan Agong yang dikatakan mencampuri urusan berkaitan pelantikan peguam negara.
Orang ramai mengesa supaya pihak kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pengguna media sosial yang tidak menghormati peranan institusi raja di Malaysia dan sanggup melakukan tindakan sedemikian.
Kita mempunyai pelbagai medium dilaman sosial untuk bersuara. Namun rakyat dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan tersebut dengan sebaiknya dan jangan disalahguna demi kepentingan pihak tertentu.
Ia dilihat bersesuaian dengan prinsip Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang menjadi pegangan kita, rakyat Malaysia selama ini.
Sebagai rakyat Malaysia yang berikrar untuk taat dan setia kepada raja dan negara perlu yakin dengan kebijaksanaan baginda dan majlis Raja-Raja dalam setiap proses yang dilakukan serta keputusan yang dibuat demi untuk kepentingan negara.
Keadaan seperti ini, telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen kerana menganggap kritikan yang dilemparkan terhadap Yang di-Pertuan Agong itu sangat melampau.
Rakyat juga harus faham apa peranan sebenar institusi raja-raja di Malaysia. Selain itu, rakyat perlu membezakan di antara politik, kerajaan dan juga institusi raja-raja.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :
???
Facebook : Stokis JRM Johor.
Instagram : @jamuratumalaya_johor
WhatsApp : wasap.my/60132002695