Walaupun berada dalam status buruan pihak polis dan dilaporkan melarikan diri ke Indonesia, namun itu tidak menghalang Dato’ Sri Jamal Yunos untuk menyatakan kesediannya bertanding bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Perkara itu dinyatakan melalui sebuah status yang dimuat naik oleh beliau di laman Facebook miliknya.

Menurut catatan itu lagi, tujuan Jamal menawarkan diri untuk bertanding adalah untuk membina kembali semangat perjuangan kepada semua ahli UMNO seluruh Malaysia, terutama kepada Pemuda untuk bersama-sama meneruskan perjuangan.

“Marilah kita bersama-sama bangkit demi semangat perjuangan suci untuk membantu mendapatkan kembali sokongan dan kepercayaan rakyat,” katanya.

Pemilihan untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO itu akan berlangsung pada hujung bulan ini.

BACA JUGA :   Perhimpunan Agung UMNO Tetap Diteruskan Dengan SOP Ketat.

Dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan dirinya dengan pihak polis, pastinya tidak ramai pihak yang mahu memberikan sokongan kepada pengasas kumpulan Baju Merah  berkenaan.

Tambahan pula, reputasi Jamal Yunos dan tindakannya sering dijadikan bahan ketawa oleh rakyat setiap kali beliau cuba mencetuskan sesuatu isu.

Ini dapat dilihat melalui tindakannya hadir bertuala depan khalayak ramai bagi memprotes masalah air di Selangor, selain memecahkan botol-botol arak di depan pejabat SUK sebagai bantahan kepada acara pesta arak di negeri terbabit.

Jamal dijangka menerima saingan yang cukup sengit, lebih-lebih lagi apabila melibatkan persaingan tiga penjuru atau lebih. Beliau bakal berhadapan dengan bekas timbalan menteri UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan penyandang Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

BACA JUGA :   Duit GST RM18 Bilion Hilang: KJ Akan Buat Laporan Polis

Sementara itu, Khairy Jamaluddin yang merupakan Ketua Pemuda UMNO sebelum ini, akan bertanding untuk jawatan naib presiden.

Jadi bagaimana, adakah anda rasa masa depan UMNO akan lebih cerah sekiranya Jamal dilantik menjadi Ketua Pemuda ? Kongsikan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here