Apa Jadi Kepada Barangan Kemas Najib ?
Kerajaan Malaysiah sah mengumumkan bahawa mereka akan menjual semula barangan kemas dan perhiasan mewah bernilai RM 1 billion yang telah dirampas di kediaman milik bekas Perdana Menteri, Najib Razak.
Barangan-barangan mewah itu termasuklah rantai berlian, tiara, beg tangan mewah dan banyak lagi perhiasan yang dijumpai.
Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Secara terperinci, polis menemui 12,000 utas barangan kemas, 567 beg tangan, 14 tiara, 423 jam tangan dan 234 cermin mata sepanjang menggeledah kediaman yang dikaitkan dengan Najib Razak pada bulan lepas. Pihak polis menyifatkan rampasan itu adalah yang terbesar dalam sejarah negara ini, dengan jumlahnya mencecah RM 1 biliion.
Justeru, Menteri Kewangan itu mahu kerajaan menjual semula barangan kemas tersebut agar ianya dapat dikembalikan ke dalam bentuk tunai. Jelasnya lagi, nilai tersebut adalah tersangat kecil jika dibandingkan puluhan billion wang negara yang telah bocor sejak 1MDB ditubuhkan.
Najib Razak bagaimanapun menafikan terlibat dalam sebarang salah laku membabitkan 1MDB. Beliau juga mendakwa pemeriksaan terhadap nilai barangan kemas yang dirampas itu adalah tidak tepat dan bermotifkan ‘dendam politik’ kepada keluarganya.
Pihak-pihak penyiasatan mendapati Najib dan kenalan-kenalan rapatnya telah menggelapkan dana kerajaan sebanyak $4.5 billion dari 1MDB sejak 2009-2014. Sebahagian daripada wang itu masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Mereka juga mendakwa $27.3 juta telah dibelanjakan untuk membeli rantai leher mewah kepada isterinya iaitu Rosmah Mansor.
Desas-desus mengatakan Najib berkemungkinan bakal didakwa atas pertuduhan jenayah dalam masa terdekat. Sejauh manakah kebenarannya, kita tunggu dan lihat.
Apa-apapun, diharapkan agar individu-individu yang terbukti bersalah akan dapat dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.