Kini Anda Boleh Tonton Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2018, Secara Percuma

0
2339

Rakyat Malaysia kini boleh tonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 secara langsung menerusi saluran RTM, secara percuma.

Sebelum ini, pihak kementerian kewangan, menerima kritikan daripada rakyat Malaysia apabila pihak kerajaan berhasrat untuk menyiarkan siaran eksklusif Piala Dunia 2018 yang membabitkan nilai RM30 juta, sedangkan dalam masa yang sama, kerajaan sedang melancarkan kutipan derma menerusi Tabung Harapan Malaysia.

Menurut laporan terdahulu, Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2018 di Rusia akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

RTM
Penyiar Rasmi RTM, Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2018

Pada tarikh 29 Mei lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, ada mengemukakan cadangan kepada kabinet berhubung kebenaran mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan.

BACA JUGA :   Rakyat Dapat Berjimat Kira-Kira RM1,000 Setelah Cukai Pendapatan Kini Diturunkan

Anda juga tidak perlu risau, jika sebelum ini, penonton akan dikenakan bayaran RM100 untuk menonton perlawanan ini. Namun, menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, setiap penonton akan mendapat penjimatan bayaran sekurang-kurangnya RM100.

Kerajaan Persekutuan sudah mendapat penajaan sepenuhnya bernilai RM30 juta daripada syarikat swasta. Oleh itu, anda boleh menonton perlawanan tersebut secara percuma di RTM.

RTM
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo

Anda tidak perlu risau kerana kerajaan tidak mengeluarkan satu sen pun untuk siaran langsung perlawanan tersebut. Semuanya mendapat tajaan sepenuhnya dari pihak penaja.

Tajaan  tersebut diperolehi daripada penaja syarikat-syarikat swasta sebanyak RM30 juta. Mereka (pihak penaja) akan memperolehi pulangan melalui iklan-iklan syarikat tersebut yang ditayangkan sepanjang perlawanan tersebut itu berlangsung.

BACA JUGA :   Tun M ‘Backup’ Tindakan Guan Eng Buat Kenyataan Dalam Bahasa Cina

RTM bakal menyiarkan 27 perlawanan secara langsung dan 14 perlawanan menerusi siaran tertunda sepanjang kejohanan bola sepak selama sebulan. Bermula 14 Jun sehingga 15 Julai depan.

RTM
FIFA WORLD CUP RUSSIA 20018

Anda boleh saksikan penaja-penaja siaran Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018, sepanjang siaran tersebut berlangsung melalui iklan-iklan yang ditayangkan. Kerjasama yang terjalin ini memberikan situasi ‘win-win’ antara pihak penaja dengan RTM.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here