Sesetengah pelancong yang berkunjung ke sesuatu tempat akan sukar untuk melupakan keseronokan ketika berada di tempat tersebut, sama ada disebabkan oleh lokasi percutian yang menarik, kemudahan dan prasarana yang cukup memuaskan, makanan yang enak, nilai sejarah yang tinggi serta banyak lagi.

Benua Asia Tenggara sangat beruntung apabila makanan menjadi daya tarikan yang paling kuat untuk para pelancong berkunjung ke sana.

Oleh itu, jom lihat apa antara hidangan yang menjadi pilihan pelancong sebaik sahaja tiba di Asia Tenggara.

#1. Nasi Kandar (Malaysia)

Nasi Kandar merupakan antara makanan pilihan pelancong yang berkunjung ke Malaysia. Antara faktor utama makanan Asia Tenggara digemari oleh pelancong asing adalah disebabkan oleh penggunaan rempah ratus yang seimbang dan sukar ditemui di benua lain.

Nasi yang enak, dicurahkan dengan kuah kari yang melimpah ruah dan seimbang rasanya serta lauk yang boleh dipilih mengikut cita rasa pelanggan membuatkan ramai pelancong sukar melupakan makanan ini setelah mencubanya.

Nasi Kandar yang paling enak dan popular boleh ditemui di Pulau Pinang contohnya di Restoran Nasi Kandar Line Clear, Bayan Lepas.

#2. Mohinga (Myanmar)

Mohinga juga merupakan makanan kegemaran pelancong asing apabila berkunjung ke Myanmar. Ia merupakan makanan yang selalunya diambil semasa sarapan pagi namun ada juga yang memilih hidangan ini pada waktu malam.

Mi sup dengan kuah yang bahan utamanya adalah stok ikan keli, pedas serta kaya dengan pelbagai rempah ratus membuatkan sesiapa sahaja yang berkunjung ke Myanmar akan rugi jika tidak mencuba hidangan ni.

Mohinga yang paling enak boleh didapati di daerah Yangon, Myanmar dan juga beberapa daerah lain.

BACA JUGA :   Informasi Sangat Berguna - Penjagaan Telinga Anda

#3. Durian (Malaysia/ Thailand)

Makanan

Raja buah ini juga tidak kurang hebatnya dalam mengikat pelancong asing untuk terus melancong ke Asia Tenggara. Buah durian mempunyai kulit berduri yang agak tebal, isi kekuningan serta bau yang sangat kuat.

Terdapat juga orang yang tidak gemar dengan buah ini. Hal ini kerana, sebaik sahaja memakannya, bau yang agak kuat akan melekat pada tangan dan mulut mereka, namun ianya terus menjadi pilihan bagi sesetengah orang dengan rasa buahnya yang manis dan sangat sedap.

Jika di Malaysia, anda boleh mendapatkan buah ini apabila tiba musimnya iaitu di antara bulan Jun-Ogos, dan agak lewat sedikit bagi Sabah dan Sarawak iaitu akhir Oktober-Disember.

#4. Pad Thai (Thailand)

Pad Thai bukan sahaja berjaya mencuri hati masyarakat asli Thailand tetapi juga pelancong asing yang datang ke sana. Ia seakan-akan kuey teow yang digoreng dengan telur, udang, tauhu, ayam, isi ikan, sayur dan sebagainya.

Sebelum makan, anda wajib mengambil sebiji limau kasturi lalu perahkan limau tersebut di sekitar Pad Thai agar rasanya menjadi lebih enak dan mengancam.

Pad Thai paling lazat boleh didapati di Restoran Thip Samai, Bangkok dan juga beberapa restoran lain.

#5. Pho (Vietnam)

Makanan

Pho merupakan salah satu makanan yang mencerminkan negara Vietnam. Ia merupakan mi sup buatan sendiri yang sangat menyegarkan serta mempunyai rasa yang seimbang di dalamnya.

Kehadiran sayur-sayuran dan hirisan daging sapi menyerikan lagi mi sup. Pho sering dijadikan makanan semasa upacara keagamaan, perayaan dan para pelancong boleh menemuikannya hampir di semua wilayah dalam Vietnam.

BACA JUGA :   Operasi Uber Di Asia Tenggara Kini Sah Dijual Kepada Grab

Menurut masyarakat Vietnam sendiri, bandar Ho Chi Minh merupakan salah satu bandar yang menjadi pusat untuk pelancong yang mencari hidangan enak ini.

#6. Laksa (Malaysia)

Makanan

Laksa merupakan antara makanan yang bermacam-macam jenis seperti laksa Johor, laksa Nyonya, laksa Sarawak, laksa Penang dan banyak lagi. Setiap jenis laksa tersebut mempunyai rasa yang berbeza-beza.

Mi laksa yang agak kenyal akan dimakan bersama kuah yang diperbuat daripada isi ikan terbaik. Walaupun mempunyai rasa yang agak pedas dan sedikit masam, namun itulah yang menyebabkan ia digemari bukan sahaja oleh pelancong asing tetapi juga masyarakat Asia Tenggara sendiri.

Kehadiran timun, salad, cili besar, bawang, telur rebus dan limau kasturi menyempurnakan lagi rasa makanan tersebut. Laksa juga boleh didapati hampir di seluruh negeri dalam Malaysia.

Makanan

Asia Tenggara juga mempunyai banyak lagi hidangan lain yang berjaya menarik hati pelancong asing untuk melancong ke sini selain daripada hidangan di atas.

Kewujudan hidangan yang enak serta istimewa secara tidak langsung meningkatkan lagi sektor pelancongan di benua ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here