Tun Manifesto Pakatan Harapan bagi PRU14 lalu, antara kandungannya ialah berjanji akan menyalurkan royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar hasil minyak.

Setakat ini, negeri-negeri pengeluar hasil minyak seperti Sabah dan Sarawak, masing-masing menerima royalti minyak sebanyak lima peratus. Selain daripada itu, Negeri Terengganu dan Kelantan hanya menerima wang ehsan sahaja sebelum ini.

Royalti minyak

Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk menyalurkan wang royalti minyak secara terus kepada kerajaan negeri tanpa mengira parti mana yang ditadbir di negeri tersebut.

Keputusan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2018 yang berlangsung di Kementerian Kewangan, semalam.

Namun begitu, jumlah peratusan royalti dan butiran lanjut mengenai perkara tersebut masih belum diperincikan dan akan diberitahu kelak.

BACA JUGA :   Ini Sebab Kenapa Syed Saddiq Mahu BTN Dibubarkan

Royalti minyak

Semasa di bawah kepimpinan kerajaan dahulu, wang hasil royalti minyak tersebut diberikan kepada agensi pusat di negeri dalam jabatan pembangunan persekutuan.

Kerajaan hari ini akan memberi terus wang berkenaan kepada kerajaan negeri. Tanpa melihat parti mana negeri tersebut ditadbir dan tidak semestinya parti yang sama dengan kerajaan Pusat.

Bagi negeri yang sebelum ini hanya menerima wang ehsan, kadar royalti yang sepatutnya dibayar ialah sekurang-kurangnya lima peratus.

Royalti minyak

Sikap keterbukaan dan prihatin Tun M, dalam isu ini sangat wajar dan dialu-alukan. Kerjasama yang dijalinkan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sangat baik demi masa hadapan sebuah negara.

Alhamdulillah pengumuman yang dibuat ini mengembirakan hati rakyat, khusunya di negeri pantai timur. Kerajaan Persekutuan bersetuju membayar royalti minyak sekurang-kurangnya 5% terus ke kerajaan negeri.

BACA JUGA :   2 Pengundi Meninggal Dunia Ketika Beratur Menunggu Giliran

Royalti minyak

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

???

Facebook : Stokis JRM Johor.

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here