Projek ECRL Cetus Kontroversi Lagi
Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir sedang giat mengkaji semula projek-projek mega yang diberikan kepada China semasa zaman pemerintahan Najib Razak. Ini termasuklah projek ECRL yang mencetuskan banyak kontroversi.
Perkara ini adalah sejajar dengan misi kerajaan dalam memulihkan kembali keadaan ekonomi negara di samping mengurangkan bebanan hutang yang didakwa mencecah RM1 trilion.
Beberapa langkah sudah dilaksanakan termasuklah membatalkan projek kereta api laju (HSR) yang menghubungkan KL-Singapura dan juga MRT3. Lebih gempar lagi, dilaporkan bahawa projek mega ECRL akan turut dibatalkan kerana menelan kos belanja yang sangat tinggi mencecah kira-kira RM55 billion.
Namun setelah beberapa ketika, berlaku sedikit kejutan apabila Menteri Kewangan tampil membuat pengumuman bahawa projek ECRL akan kembali diteruskan.
Mengapa diteruskan ?
Ramai yang berpendapat bahawa kerajaan mungkin mahu meneruskan ECRL kerana ianya akan membawa kepentingan dan manfaat besar terutamanya kepada sektor pembangunan ke negeri-negeri Pantai Timur.
Tetapi ramai orang tidak sedar tentang perkara sebenar yang berlaku di sebalik tabir hingga membuatkan kerajaan mahu projek tersebut diteruskan.
Mari kita lihat beberapa faktor penting :
Sebelum ini, antara syarikat yang dianugerahkan kontrak projek ECRL oleh Kerajaan Terengganu adalah Syarikat T7 Global di mana jajaran terpanjang ECRL adalah milik mereka.
Meskipun sudah ‘tahu’ bahawa projek ECRL akan dibatalkan, namun taikun Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan telah membeli dan menjadi pemegang saham penting di Syarikat T7 Global pada 16 Mei 2018.
Secara logiknya, memang agak pelik sekiranya seseorang individu membeli saham di sesebuah syarikat setelah mendapat tahu bahawa kontrak projek sudah dibatalkan. Bila saham sudah dibeli, projek pula disambung semula. Adakah ini kebetulan ?
Selain pengumuman projek ECRL diteruskan, Lim Guan Eng juga mengumumkan kos projek ECRL telah meningkat kepada RM70 billion dari RM55 bilion ketika di bawah kerajaan BN sebelum ini. Ada tambahan RM 15 billion secara tiba-tiba.
Sememangnya perkara ini menimbulkan pelbagai tanda tanya. Adakah benar projek itu diteruskan kerana kontraknya sudah dimiliki oleh kroni besar Tun Mahathir ?
Diharapkan agar kerajaan dapat memberikan penjelasan lanjut agar segala persepsi tidak benar yang membelenggu rakyat akan dapat dihapuskan.
Rujukan:
http://www.theedgemarkets.com/article/vincent-tan-emerges-t7-globals-substantial-shareholder
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.