Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir memberikan nasihat ‘pedas’ kepada Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi di dalam satu pertemuan rasmi membabitkan kedua-dua pemimpin itu baru-baru ini.

Pada pertemuan itu,  Zahid Hamidi hadir bertemu Tun Mahathir bagi mendapatkan nasihat bagaimana untuk mentadbir UMNO setelah parti itu kalah teruk dalam pilihan raya ke-14 yang lalu.

Di samping itu, Zahid juga mahu meminta pandangan Tun M mengenai konflik dalaman yang melanda UMNO, sehingga mengakibatkan parti itu dipandang jijik oleh rakyat.

Tun M lantas memberitahu Zahid bahawa UMNO sebenarnya telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh orang Melayu.

Skandal 1MDB adalah salah satu punca utama orang Melayu hilang kepercayaan kepada UMNO.

“Tujuan UMNO ditubuhkan adalah untuk membantu Melayu tetapi perjuangan parti itu sudah terpesong  dan hanya mahu memelihara kepentingan sesetengah individu sahaja.

BACA JUGA :   BN Pasca PRU-14: Proses Pemulihan Atau Peralihan?

“Itulah sebab kenapa UMNO dibenci oleh semua orang. UMNO kini sangat bergelut untuk memulihkan kembali reputasi mereka. Parti yang dahulunya dianggap sebagai parti keramat kini sudah dipandang jijik”.

Ini dapat dibuktikan melalui beberapa skandal penyelewengan wang melibatkan ahli-ahli UMNO termasuklah 1MDB, National Feedlot Corporation (NFC) oleh keluarga Shahrizat Jalil serta pelbagai lagi isu rasuah dalam pentadbiran negara.

Pernah menjadi Presiden UMNO dari tahun 1981-2003, Tun M mengakui parti itu perlu bekerja keras bagi mendapatkan semula kepercayaan orang Melayu.

Sementara itu, Tun M juga menepis dakwaan yang mengatakan Zahid Hamidi mahu menyertai Pakatan Harapan. Tegasnya, pimpinan Pakatan Harapan buat waktu ini tidak berminat untuk menerima ahli politik yang baru.

BACA JUGA :   Zahid Serahkan Kuasa Kepada Tok Mad Hassan Untuk Memimpin UMNO
Pimpinan Pakatan Harapan.

Apa-apapun, diharapkan agar UMNO dapat menjalankan tugas mereka sebagai pembangkang dengan baik sekiranya parti itu mahu kembali dipandang tinggi oleh rakyat, terutamanya golongan Melayu.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here