Kemelut dalam menyelesaikan masalah mencari Speaker DUN di Negeri Kedah masih belum sampai ke titik noktah. Setiap parti politik di negeri tersebut cuba untuk selesaikan masalah ini daripada berlarutan.
Antara parti yang menghulurkan tangan untuk membantu ialah UMNO. Parti tersebut sentiasa membuka ruang dan peluang untuk mengadakan rundingan dengan semua pihak termasuk PAS dan Pakatan Harapan bagi menyelesaikan isu Jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).
Selain iitu, UMNO sentiasa bersedia untuk berbincang bagi menyelesaikan segera isu yang berlaku dan parti tersebut tidak sama sekali membantah atau menyokong mana-mana calon speaker. Rundingan diadakan adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat di negeri tersebut.
Namun, rundingan tersebut bagaimanapun akan melihat sejauh mana pendirian UMNO Kedah melalui input yang diperolehi hasil daripada perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat.
Selain itu, PAS Kedah juga bersetuju untuk membuka pintu ruang kerjasama melalui kuasa perbincangan untuk menyelesaikan isu ini, yang akan mendatangkan kesejahteraan kepada rakyat.
PAS juga telah bertemu dan berbincang dengan Menteri Besar untuk mencari jalan penyelesaian. Malangnya kebaikan tersebut telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak dan menuduh bahawa PAS di negeri tersebut tamak kuasa.
Walau bagaimanapun, menurut kenyataan Menteri Besar, Datuk seri Mukhriz Mahathir, bahawa senarai calon bagi jawatan Speaker DUN dan timbalannya sudah ada dan telah dihantar ke pejabat Setiausaha Dewan. Keputusan bakal diumumkan nanti dan kita hanya tunggu dan lihat sahaja.
Mukhriz yakin bahawa kemelut ini bakal berakhir secara aman damai serta mendapat persetujuan majoriti ahli dewan menjelang 4 Julai ini.
Admin berharap semoga isu kemulut politik yang berlaku di Negeri Kedah ini mencapai titik notah dan dapat diselesaikan dengan aman.
Apa pandangan anda sebagai rakyat Malaysia. Wajarkah isu ini dibiarkan berpanjangan sehingga tiada kesudahan? Wajarkah Pilihan Raya Negeri diadakan?
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :