Nampaknya perdamaian yang tercetus antara Tun M dan Anwar tidak menjanjikan kedua-dua seteru lama itu bersifat sehaluan dalam menerajui negara. Tun M dalam satu sesi wawancara bersama salah satu media Singapura menegaskan bahawa beliau berkemungkinan akan berundur dari jawatan sebagai perdana menteri sekiranya sukar untuk bekerjasama bersama Anwar.

Tun M dilihat bertindak cukup berhati-hati dalam mengelakkan sebarang perbalahan serta pertikaman lidah terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tahun 1998 itu. Ketegangan berlaku apabila Anwar bersikap lantang dalam menyuarakan kritikan demi kritikan terhadap kerajaan. Kritikan terhadap Lim Guan Eng sedikit sebanyak memberi impak terhadap Tun M. Dalam kenyataan beliau,

“Beliau boleh memberi komen – membuat sebarang komen. Beliau bukan dalam kerajaan.” – https://www.themalaysianinsight.com

BACA JUGA :   Kerajaan Langgar Manifesto? Biro Tatanegara Tak Jadi Dimansuhkan.

Selama 22 tahun Tun M mengharungi pelbagai kepahitan dalam berhadapan dengan individu yang tidak sehaluan dengan beliau. Kemenangan PH pada PRU-14 yang lepas boleh dikatakan sebagai ‘bonus’ hasil daripada toleransi kedua belah pihak (Tun M dan Anwar). Rentetan dari kemenangan itulah yang membolehkan Anwar dibebaskan.

Permainan yang cukup bijak dari kedua belah pihak membolehkan masing-masing mendapat ‘habuan’ yang diinginkan. Walaupun bahang PRU-14 telah lama surut, spekulasi daripada pelbagai pihak masih berterbangan menghentam pihak kerajaan yang baru bertatih untuk membangunkan negara.

Keutuhan hubungan kedua-dua belah pihak masih menjadi tanda tanya pelbagai pihak baik dari segi rakyat dan juga pihak ‘pembangkang baru’. Sebelum PRU-14 melanda, beliau telah membuat kenyataan bahawa jawatan perdana menteri yang disandang adalah bersifat sementara.

BACA JUGA :   Cuti Sekolah Akan Diumumkan Sekiranya PRU 14 Jatuh Pada Hari Bekerja ?

Dalam penggal pemerintahannya, beliau hanya akan memegang jawatan selama dua  tahun pertama sahaja berikutan faktor umurnya yang telah lanjut. Disebalik spekulasi dan khabar angin dari pelbagai pihak, Tun M telah mengesahkan bahawa Anwar telah masih akan menjadi penggantinya. Walaubagaimanapun penangguhan mungkin akan berlaku sekiranya penstrukturan semula memerlukan banyak perubahan untuk dilakukan.

Disebalik spekulasi yang tercetus, dasar profesionalisme kedua-dua pemimpin ini diharapkan bersifat kekal bagi menjamin momentum kerajaan baru dalam melaksanakan perubahan demi perubahan kearah kebaikan bersama.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here