Semenjak memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri buat kali ke-4 yang juga perdana Menteri ke-7, Tun M dilihat begitu sibuk memulihkan semula keadaan negara yang sebelum ini dilihat agak merosot.
Walaupun berada dalam situasi yang cukup sibuk, tetapi Tun tetap mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Keamatan dan Hari Gawai” buat penduduk di Sabah dan Sarawak yang meraikan perayaan itu.
Tun M turut memohon kemaafan kerana terlambat membuat ucapan itu kepada penduduk yang meraikan perayaan Gawai dan Keamatan. Dalam ucapan itu, beliau memohon maaf dan menyatakan dirinya terlalu sibuk dan terlalu banyak urusan-urusan yang perlu dilakukan.
“Maaf kerana terlewat menyampaikan ucapan ini kerana terlalu sibuk dan tidak tahu banyak urusan-urusan yang perlu dibuat perdana Menteri.
“Antaranya adalah dengan mengucapkan selamat Hari Keamatan dan Hari Gawai.
Dalam pada itu, Tun M turut berharap agar dirinya dimaafkan dan sambutan perayaan itu berjalan lancar. Malah, beliau juga mahu semua yang meraihkannya dapat bersuka ria ketika itu.
Selamat Menyambut Hari Gawai dan Keamatan. Maaf kerana sedikit terlewat. pic.twitter.com/QJkNdDfDov
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) May 31, 2018
“Saya harap saya dimaafkan dan berharap sambutan ini berjalan dengan baik dan semua dapat bersuka ria pada hari ini,” kata perdana Menteri dalam sebuah video yang dimuat naik di laman twitter miliknya.
Menerusi video yang dimuat naik, ianya telah mendapat ‘like’ sebanyak 7.8K dan ‘view’ sebanyak 62.8K sehingga kini. Ramai yang memberi komen-komen positif seperti dibawah ini;
Tidak dilupakan juga, ramai yang mendoakan kesihatan Tun M. Salah seorang pemilik twitter yang dikenali sebagai shahirah @shahirahzaman mendoakan kesihatan Tun Mahathir dan faham akan kesibukan perdana menteri itu.
Untuk melihat lebih banyak komen anda juga boleh terus ke laman twitter perdana menteri Dr Mahathir Mohamad@chedetofficial
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com