zahid kj calon presiden umno

Zahid Hamidi Bidas Cadangan KJ

Pemangku Presiden UMNO, Zahid Hamidi memberi amaran keras kepada Khairy Jamaluddin sekiranya bekas Ketua Pemuda UMNO itu mahu membuka keahlian parti berkenaan kepada bukan Melayu.

KJ yang akan bertanding sebagai Calon Presiden UMNO jelas menyuarakan keinginannya menjadikan parti itu sebagai sebagai parti yang lebih โ€˜terbukaโ€™ dengan membuka UMNO kepada bukan Melayu.

Perkara itu mungkin menjadi kenyataan jika beliau dilantik menjadi Presiden UMNO yang baru nanti.

Justeru, Zahid Hamidi yang akan turut bertanding merebut jawatan Presiden UMNO mengingatkan KJ supaya mengenang kembali nasib yang telah menimpa Datuk Onn Jaafar.

Pengasas UMNO itu ditentang dan diboikot oleh ahli-ahli partinya sendiri kerana cuba membuka keahlian kepada bukan Melayu.

BACA JUGA :   โ€˜Segelintir Pemimpin UMNO Berhujah Guna Emosi, Perlu Ada Ramai Watak Seperti Khairyโ€™
Dato’ Onn Jaafar

“Saya hormat pendirian dan pendapatnya (Khairy), dia mungkin akan lakukan sekiranya dia dipilih menjadi Presiden Umno.

“Saya mahu lihat dia terjemahkan kenyataannya itu kepada tindakan.

“Onn Jaafar pernah cuba dan tengok apa jadi padanya. Sejarah sudah beritahu kita tentang perkara ini,” kata Zahid.

zahid calon presiden umno
Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi

Onn Jaafar keluar UMNO pada 1951 selepas cadangannya untuk menukar nama parti itu kepada United Malaysian National Organisation tidak dipersetujui.

Dari perspektif anda sebagai rakyat Malaysia, adakah anda bersetuju sekiranya UMNO mahu dibuka kepada bukan Melayu ? Kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layariย Deenamik.comย dan like FB Pageย Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here