Turki merupakan salah satu negara yang menjadi pilihan ramai untuk dikunjungi tidak kiralah atas urusan pendidikan, pekerjaan, ataupun pelancongan.
Negara yang terletak di antara benua Eropah dan juga Asia ini menerima lebih jutaan pengunjung asing dari masa ke semasa. Ia juga amat kaya dengan percampuran budaya yang berkait rapat dengan empayar Parsi, Rom, Yunani dan Uthmaniyah.
Oleh itu, jom lihat beberapa tempat menarik di Turki yang mesti anda kunjungi apabila melancong ke sana.
#1. Aya Sophia
Aya Sophia ataupun Hagia Sophia merupakan sebuah muzium yang terletak di Istanbul dan dilabelkan sebagai antara bangunan yang tercantik di dunia.
Pada mulanya, ia berfungsi sebagai gereja untuk penganut Kristian Ortodoks, kemudian ditukarkan menjadi masjid semasa zaman Sultan Muhammad Al-Fatih dan akhir sekali dijadikan muzium oleh kerajaan Turki sejak tahun 1935 hingga kini.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk singgah di muzium ini untuk melihat keindahan dan kehebatan seni bina Kristian dan juga Islam.
#2. Masjid Sultan Ahmed/ Masjid Biru
Masjid Sultan Ahmed juga merupakan antara tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong apabila datang ke Turki.
Ia dipanggil sebagai Masjid Biru kerana jubin yang menghiasi dinding bahagian dalamnya terdiri daripada warna biru. Reka bentuk masjid ini adalah gabungan antara seni bina tradisi Islam dan juga Byzantine.
Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam masjid ini, namun masjid ini dikatakan tidak dibuka untuk pelancong apabila waktu solat.
#3. Hippodrome
Alang-alang sudah mengunjungi Masjid Biru, singgahlah sebentar ke Hippodrome kerana ia terletak bersebelahan sahaja dengan masjid itu.
Hippodrome terkenal sebagai gelanggang lumba kereta kuda pada zaman Byzantium dan menjadi simbol kejayaan Konstantinopel. Kini, dataran tersebut memiliki tiang-tiang besi yang kaya dengan hasil seni bina Romawi dan pelancong selalunya akan singgah ke sini untuk bergambar kenangan.
#4. Coppadocia (Pusat Belon Udara Panas)
Bagi sesiapa yang berkunjung ke Turki, anda wajib menikmati pemandangan di Coppadocia dari atas dengan menaiki belon udara panas.
Coppadocia juga sering menjadi destinasi pilihan pelancong yang datang ke Turki untuk berbulan madu.
Belon udara panas di sini mampu memuatkan bawah 10 hingga 25 orang bergantung kepada saiz dan kemampuan belon tersebut.
#5. Grand Bazaar
Jika melancong ke sesuatu tempat, pasti anda akan meluangkan satu masa untuk membeli belah dan juga bercuci mata.
Oleh itu, Grand Bazar merupakan salah satu pusat membeli belah yang mesti anda kunjungi apabila ke Turki.
Pasar yang tertua dan berbumbung ini dikatakan sangat besar dan dipenuhi dengan penjual tempatan yang menjual berbagai-bagai jenis barangan yang menjadi kesukaan pelancong.
#6. Bosphorus Cruise
Jika anda teringin untuk melihat keindahan Istanbul daripada laut, anda disarankan untuk pergi ke Bosphorus Cruise.
Melewati Selat Bosphorus dengan menaiki feri akan memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Semasa menaiki feri, anda berpeluang untuk melihat kawasan perumahan penduduk dan bangunan lama yang menjadi peninggalan zaman Uthamniyah suatu ketika dulu.
#7. Topkapi Palace
Topkapi Palace merupakan sebuah istana yang terbesar di Turki. Istana ini dibina semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih.
Kini, istana ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran undang-undang dan juga perpustakaan.
Di istana ini juga tersimpan baju perang dan barang peninggalan Nabi Muhammad SAW untuk dilihat serta meluangkan masa untuk sesi muhasabah diri.
Turki sememangnya negara tarikan pelancong di seluruh dunia dengan kehebatan empayar pentadbiran serta kemajuan pembangunannya. Oleh itu, simpan tempat-tempat menarik di atas dalam wishlist anda sekiranya berkunjung ke Turki nanti.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :