Seluruh Malaysia menjadi kecoh baru-baru ini apabila tersebarnya berita bahawa beberapa jenama sardin terpaksa ditarik dari pasaran kerana mengandungi cacing Filum Nematoda.

Produk-produk sardin dalam tin yang dimaksudkan adalah daripada jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy. Perkara ini disahkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jika kita lihat, isu cacing dalam sardin ini bukanlah yang pertama berlaku di Malaysia. Beberapa bulan sebelum ini, 2 jenama sardin yang dikeluarkan dari China turut ditarik dari pasaran kerana sebab yang sama.

Walaubagaimanapun, pakar dalam bidang akuakultur menjelaskan bahawa rakyat Malaysia tidak perlu panik dengan isu ini. Tambahnya lagi, cacing yang ditemui dalam sardin tidaklah memudaratkan kesihatan seandainya ada yang telah ‘termakan’.

cacing sardin nematoda
Sardin berjenama TL Tan Lung dan TLC keluaran China sebelum ini ditarik kerana isu yang sama.

Dari sudut sains, Pensyarah Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Marina Hassan menjelaskan bahawa cacing berkenaan telah mati semasa proses pembuatan sardin dalam tin yang menggunakan haba yang tinggi.

BACA JUGA :   Terkini: Enam Lagi Jenama Sardin Dalam Tin Dicemari Cacing

Hakikatnya, parasit yang mencemarkan makanan adalah sukar untuk dibuang kerana kadang-kadang ianya tidak dapat dikesan. Beberapa parasit yang biasanya dikesan di dalam makanan laut adalah nematod (cacing gelang), cestod (cacing pita) and flukes (cacing pipih).

cacing sardin nematoda
Cacing Nematoda adalah sejenis parasit

Parasit mungkin menjangkiti kita tetapi ianya tidak memberi kesan berpanjangan atau signifikan. Kemungkinan besar parasit tersebut akan mati disebabkan sistem pertahanan tubuh badan manusia yang kuat.

Terdapat beberapa simptom lazim yang disebabkan oleh jangkitan parasit iaitu sakit perut, cirit birit, muntah, pucat, hilang berat badan dan hilang selera makan. Jika berlaku sebarang simptom yang ketara ini, maka ianya boleh dikesan dan dapat dirawat.

Apa-apapun, diharapkan agar anda semua sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan dapatkan nasihat dari pakar perubatan yang bertauliah sekiranya mengalami simptom-simptom yang disebutkan di atas.

BACA JUGA :   Berita Baik Kepada Anda! Rawatan Penyakit Gout Yang Paling Berkesan

Rujukan : BERNAMA

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here