Nak beli hartanah tapi takut harga melonjak naik selepas pelaksanaan SST? Selepas ini, anda tidak perlu runsing untuk merancang bagi membeli hartanah kerana harga rumah dijangka tidak akan mempengaruhi harga hartanah.

rumah
Harga rumah dijangka menurun selepas pelaksanaan SST. (Sumber gambar: Pinterest)

Ini disebabkan harga bahan binaan yang tidak akan dikenakan cukai SST berbanding sebelum ini dikenakan GST yang sedikit sebanyak mempengaruhi harga hartanah sebelum ini.

Menurut CEO SP Setia, Datuk Khor Chap Jen, kos pembinaan yang lebih rendah kerana bebanan cukai yang sudah tidak lagi perlu ditanggung oleh pemaju. Disebabkan itu, kos jualan juga dijangka akan menurun.

Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (Sumber gambar: The Malaysian Insight)

Timbalan Menteri perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah pula mengatakan penurunan harga hartanah selepas pelaksanaan SST adalah sesuatu yang susah untuk dijangka memandangkan harga sesetengah barangan yang tidak stabil selepas pemansuhan GST.

BACA JUGA :   Rakyat Gembira Tentang Pembayaran Royalti Minyak Terus Ke Kerajaan Negeri

Perubahan harga rumah itu hanya boleh dikesan dan dilihat selepas pelaksanaan SST di peringkat nasional. Memandang bahan binaan tidak dikenakan SST, secara teorinya harga rumah boleh dikatakan akan menurun tetapi itu hanyalah jangkaan awal.

SST akan menggantikan GST pada September ini. (sumber gambar: Astro Awani)

Selepas kerajaan Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke-14 yang lepas, pemansuhan GST merupakan antara manifesto yang cuba untuk dilaksanakan selepas kemenagan besar mengatasi BN.

Perdana menteri, Tun Mahathir Mohamed akan melaksanakan kembali SST pada kadar 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan. Kementeria  Kewangan juga mengeluarkan senarai barangan yang tidak akan dikenakan GST yang merangkumi bahan binaan seperti simen dan kayu,

Menghapuskan GST merupakan antara agenda utama selepas kerajaan Pakatan Harapan memenangi PRU ke-14. (Sumber gambar: SoyaCincau)

Selepas pemansuhan GST pada 1 Jun yang lepas, ada beberaapa barangan yang dikenakan GST tidak menunjukkan sebarang penurunan malah ada yang meningkat mendadak apabila penolakan sebanyak 6% dibuat.

BACA JUGA :   Uncle Kentang Bakal Bertanding di PRK Semenyih.

Mungkin pihak kementerian perlu mengadakan satu mekanisme yang membolehka pengawalan harga rumah ini dibuat supaya pemilikan hartanah dalam kalangan rakyat Malaysia tinggi dan tidak terus menyewa rumah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here