Pernah dengar tentang Kampung Losong? Bagi mereka yang berkunjung mahupun menetap di Terengganu bolehlah berkunjung ke lokasi yang cukup unik ini untuk membeli keropok sambil mengenali budaya tradisi negeri Terengganu Darul Iman.

Kampung LosongRasai keenakan keropok lekor losong disini tidak sama seperti yang dijual di Kuala Lumpur. Berbekalkan hasil ikan yang cukup segar dari laut berdekatan menjadikan pengunjung berlumba-lumba ingin merasai sendiri keenakan keropok lekor losong.

Lina Hussein yang berusia 51 tahun menjelaskan bahawa mereka akan mendapat durian runtuh apabila tibanya musim cuti persekolahan keraan pada ketika itu menjadi berlipat kali ganda.

Kampung Losong”Setiap kali musim cuti sekolah, Kampung Losong pasti menjadi tumpuan pelancong sama ada tempatan mahupun asing seperti ada pesta keramaian.- Keropok lekor Kg. Losong, Irman Hashim utusanterengganu@utusan.com.my

”Apa yang menarik, bagi pelancong asing mereka amat seronok apabila merasai pengalaman pertama mencuba keropok lekor yang mereka gelar sebagai ‘sosej Melayu’ ini,” jelasnya.- Keropok lekor Kg. Losong, Irman Hashim utusanterengganu@utusan.com.my

BACA JUGA :   Bas "Dua Alam" Mampu Merancakkan Industri Pelancongan Terengganu

Selain daripada singgah-singgah untuk menikmati keropok lekor anda jangan lupa pula berkunjung ke Rumah Warisan Haji Su di Kampung Losong.

Kampung LosongMenariknya lokasi ini terletak pada keunikan seni bina rumah ini yang telah mencecah hampir 200 tahun.

Anda cukup bertuah sekiranya anda berkunjung ke sini pada hari ahad kerana anda berpeluang untuk merasai sendiri aktiviti seperti:

  1. Pameran cara menenun songket
  2. Penghasilan batik dan tembaga
  3. Seni ukiran kayu

Kampung LosongPengunjung juga bakal dihiburkan dengan aktiviti di sekitar halaan rumah tersebut seperti pementasan berunsurkan kebudayaan serta elemen kesenian.

Menurut kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif, Rumah Warisan Haji Su menjadi salah satu sumber pendapatan sampingan yang menjai nadi kewangan kepada para usahawan di negeri Terengganu dengan adanya kesepatan untuk melaukakn pelbagai aktviti yang melibatkan unsur kesenian dan warisan.

BACA JUGA :   Guru Besar Di Kemaman Didakwa Guna RM 5,000 Wang Zakat

Tertarik bukan? Hujung minggu inilah masanya untuk anda berkunjung ke negeri Terengganu dan rasakan sendiri pengalaman berkunjung ke Kampung Losong.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here