Ketua Pembangkang

United Malays National Organization (UMNO) hari ini mengesahkan bahawa presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi telah dipilih sebulat suara sebagai Ketua Pembangkang yang baru.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa yang menjelaskan pelantikan tersebut telah dipersetujui oleh semua parti pembangkang termasuklah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Ketua Pembangkang
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan

Gagasan Sejahtera PAS menerusi Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan turut bersetuju bahawa Zahid menjadi Ketua Pembangkang memandangkan UMNO mempunyai kerusi Parlimen yang terbanyak dalam kalangan blok pembangkang.

 

Zahid Hamidi sebelum ini dilantik menjadi Presiden UMNO, dengan mengetepikan saingan sengit daripada Tengku Razaleigh dan juga Khairy Jamaluddin dalam pemilihan presiden parti itu beberapa minggu yang lalu.

BACA JUGA :   Peluang Harus Diberikan Dan Jangan Sampai Mendesak??
Ketua Pembangkang
Presiden UMNO yang baru, Zahid Hamidi

Bertitik tolak dari pilihan raya umum (PRU-14) yang lalu, Barisan Nasional mempunyai 54 kerusi, Gabungan Parti Sarawak dengan 19 kerusi manakala PAS pula 18 kerusi. Kerusi selebihnya dipegang oleh parti-parti kecil di Sabah serta calon bebas.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peletakan jawatan selaku Presiden UMNO sejurus kekalahan mengejut Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan buat pertama kali dalam sejarah.

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

BACA JUGA :   Datuk Seri Mohamad Hassan Keluar UMNO

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here