Sebagai satu rangkaian yang cukup gah di pelusuk dunia, syarikat minuman Starbucks telah memansuhkan penggunaan straw plastik di semua lokasi cawangannya dalam tempoh dua tahun semalam setelah terdorong untuk mengurangkan pembuangan sisa perniagaan di sekitar bandar.
Straw yang digunakan oleh pelanggan telah menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pencemaran laut.
Menurut Denise Hardesty yang merupakan saintis dari Australia’s Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation, sebahagaian daripada pengguna menyedari bahawa penggunaan straw sebenarnya tidak berapa diperlukan.
Seminggu sebelum itu, cawangan Starbucks bandar Seattle telah mengharamkan penggunaan straw dan juga perkakas yang dibuat dari plastik.
Menjelang tahun 2020, straw minuman akan dibuat menggunakan bahan mudah lupus seperti bahan seperti kertas dan penutup minuman yang direka khas. Syarikat tersebut telah menawarkan alternatif di Seattle.
Penggunaan plastik juga telah mengharamkan penggunaan straw plastik di bandar lain seperti kawasan pantai Fort Myers di Florida. Cadangan yang sama telah dikemukakan di bandar besar seperti New York dan San Francisco.
Kemuncak bagi pengharaman penggunaan straw bermula apabila sebuah video viral menunjukkan penemuan seekor penyu yang terpaksa dibantu oleh pasukan penyelamat untuk mengeluarkan straw dari bahagian hidungnya pada tahun 2015.
Isu sisa pembuangan ini telah mendapat perhatian pihak atasan. Pada bulan Februari, Dunkin’ Donuts telah mengambil langkah untuk menghapuskan penggunaan cawan polisterina dari cawangannya menjelang tahun 2020.
Pihak McDonald menjelaskan bahawa cawangan makanan segera itu akan bertukar dari penggunaan straw plastik ke straw kertas di United Kingdom dan Ireland bermula tahun adapan dan ujian alternatif terhadap straw plastic akan dilakukan di beberapa lokasi di Amerika Syarikat.
Rangkaian restoran itu juga menyatakan bahawa hanya bahan kitar semula atau bahan yang mesra alam sekitar sahaja yang akan digunakan bagi cawan minuman, kotak bungkusan Happy Meal dan lain-lain bungkusan menjelang 2025.
Beberapa kerajaan tempatan telah mengenakan larangan dan bayaran terhadap penggunaan beg plastik. Botol air yang boleh digunakan semula juga menjadi semakin popular sebagai salah satu langkah bagi mengurangkan penggunaan botol air plastik.
Laura Craven yang merupakan pengarah pemasaran Starbucks membuat kenyatan bahawa cabaran terbesar bagi pihak beliau adalah mencari alternatif untuk memenuhi keperluan pasaran.
Beliau juga mula melihat tahap kesedaran yang tinggi terhadap keperluan straw minuman yang boleh dibengkokkan bagi keperluan golongan kurang upaya dan juga lain-lain. Pihak Starbucks menjangkakan bahawa alternatif berkenaan wajar berjalan seperti apa yang telah dirancang.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels