Pada awal pagi semalam, tiga orang nelayan dalam sebuah bot tunda telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di tengah laut di sebuah perairan Langkawi.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama (M) Haji Rozali Mohd Said membuat kenyataan bahawa ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 37 dan 68 tahun itu ditahan kerana disyaki memiliki dadah.

“Ketiga-tiga nelayan tersebut merupakan warga tempatan. Satu kotak kecil yang mengandungi tujuh tiub kecil berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin dan beberapa peralatan untuk menghisap dadah di bilik kemudi telah ditemui”. – Laksamana Pertama (M) Haji Rozali Mohd Said. http://www.astroawani.com

Sehubungan dengan itu, pihak polis mendapati terdapat tiga lagi tiub kecil berisi serbuk disyaki heroin ditemui di ruang tidur bot nelayan. Pemeriksaan lanjut mengesahkan bahawa berat bagi keseluruhan barang terlarang yang ditemui itu adalah sekitar 4.5 gram.
Alasan untuk menahan kesemua suspek tersebut semakin kuat dan jelas apabila tiga nelayan tersebut didapati positif dadah dalam ujian saringan awal dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Jika ketiga-tiga suspek berkenaan mengakui bersalah, mereka akan dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan tersebut.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels