Apa Itu Dadah?

Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau menguba suai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu.

lelaki

Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

Kisah Akibat Ketagihan Dadah

Lelaki berusia 23 tahun tergamak memijak muka dan memukul anak saudaranya berusia dua tahun 11 bulan yang sedang tidur sehingga mangsa mengalami sesak nafas di sebuah flat di Taman Bagan Jaya, Butterworth.

lelaki

Hal ini kerana kesan ketagihan dadah dan mengalami tekanan hidup.

Ibu mangsa yang berada di luar rumah terkejut mendengar tangisan dan jeritan bayi lelaki itu sebelum mendapati adik tirinya sedang memukul dan memijak muka zuriatnya pada 9.15 malam.

Susulan laporan dibuat ibu mangsa, polis menahan lelaki terbabit di tempat kejadian 1.19 pagi tadi.

lelaki

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita itu terdengar tangisan anaknya dan terkejut melihat adik tirinya memukul serta memijak badan anak lelakinya yang sedang tidur hingga sesak nafas.

Wanita itu segera membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan bersyukur anaknya tidak mengalami kecederaan serius.

lelaki

Laporan perubatan mendapati mangsa bengkak di muka dan kini dilaporkan stabil, katanya.

Noorzainy berkata, siasatan awal mendapati suspek yang juga penganggur bertindak sedemikian kerana berada dalam ketagihan dadah dan mengalami tekanan hidup.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis morfin dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Utusan

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here