Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penegasan tentang pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

GST telah  memberi landasan untuk memperkukuhkan sumber kewangan negara agar kerajaan dapat melaksanakan pelbagai program demi kepentingan rakyat.

malaysia

Tambahnya, langkah tersebut juga dilaksanakan bagi menyelamatkan ekonomi negara agar tidak terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi walau apa juga persekitaran global termasuk kejatuhan harga minyak.

Agensi-agensi penarafan termasuk Fitch dan Moody’s juga telah membuat kesimpulan bahawa pengekalan ekonomi Malaysia pada kategori A adalah kerana keberanian kerajaan memperkenalkan GST.

Bukan niat kerajaan untuk membebankan rakyat, malah kalau kita lihat dari segi prestasi serta kadar pertumbuhan pendapatan, golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) mendapat pendapatan lebih tinggi daripada kumpulan-kumpulan lain

Dengan adanya sumber-sumber kewangan termasuk GST, kita boleh melaksanakan pengagihan pendapatan. Kalau tiada sumber kewangan, dari mana kita akan dapat sumber kewangan untuk melakukan pengagihan yang memerlukan pertolongan lebih dari kerajaan,” katanya.

malaysia

Dalam pada itu, beliau yang juga merangkap Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa kerajaan tidak mempunyai cadangan untuk menaikkan kadar GST yang telah ditetapkan pada kadar enam peratus.

Beliau berkata, kadar GST Malaysia yang diperkenalkan sejak 1 April 2015 adalah antara terendah di dunia dengan jumlah barangan serta perkhidmatan terbanyak yang dikecualikan cukai berke­naan.

malaysia

Katanya, jumlah GST yang berjaya dipungut pada tahun lalu adalah sebanyak RM44 bilion berbanding RM41 bilion pada 2016.

Walaupun dalam perbentangan Bajet 2018 lalu,  telah diumumkan bahawa jumlah GST yang dapat dikutip adalah sebanyak RM43.8 bilion pada tahun ini, tetapi mungkin kutipan ini boleh mencecah RM45 bilion.

malaysia

“Sebuah kerajaan hanya akan menjadi kerajaan yang meme­nuhi aspirasi rakyat jika ia mempunyai sumber ekonomi yang stabil. Sebab itu kerajaan telah mengambil langkah tepat menerusi GST.

GST adalah sumber kewangan yang dapat membolehkan kerajaan melaksanakan program untuk rakyat. Apabila kita melaksanakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ia melibatkan sebanyak kira-kira RM6 bilion setahun. Ini adalah disebabkan sumber kewangan negara stabil.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here