Merokok dalam pesawat
Gambar hiasan

 

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia yang dikenali umum kali ini berhadapan isu penumpang merokok dalam pesawat baru-baru ini.

Akibat kesilapan sendiri, penumpang menaiki pesawat AirAsia terbeban dengan denda yang dikenakan baru-baru ini. Seperti yang diketahui merokok dalam pesawat merupakan satu kesalahan besar dan boleh dikenakan tindakan kerana membahayakan nyawa semua penumpang yang berada dalam pesawat.

Walaupun begitu, seorang pelancong lelaki warga Cina telah melakukan perbuatan terlarang itu. Dikenakan denda sebanyak RM6,000 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Tawau, hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan terlarang di dalam tandas pesawat yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Tawau pada selasa lalu.

Merokok dalam pesawat
sumber foto : mynewshub

Li Jin Ming, 41, berasal dari Yunnan Cina membuat pengakuan selepas memahami pertuduhan terhadap dirinya yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan majistret Ferhansha Farene Mohd Firdaus.

Tertuduh juga akan dipenjara selama tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda dan perlu merujuk kepada pihak Jabatan imigresen.

Pelaku kesalahan dikenakan tindakan mengikut seksyen 100 Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 dan dihukum dibawah seksyen 206 (2)(a) peraturan yang sama denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah.

Merokok dalam pesawat
gambar hiasan

Terdahulu, Pegawai Pendakwa ASP Dayang Nur Azarinahwaty Ag Kachee memohon mahkamah supaya mengenakan tindakan setimpal disebabkan kelakuan seperti itu membahayakan nyawa ramai penumoang yng menaiki pesawat tersebut.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit menyalakan api rokoknya dalam tandas D, menerusi pesawat AirAsia Ak5746 dalam penerbangan menuju ke Tawau itu, jam 1.01 petang, pada 16 Januari 2018 lalu.

Diwakili peguam Liew Hon Min Bagaimanapun memhon agar hukuman dipertimbangkan keran ia juga merupakan kali pertama dilakukan dan membenarkan tertuduh untuk menaiki penerbangan ke luar negara.

Merokok dalam pesawat
gambar hiasan

Sejurus itu, pesalah mengatakan bahawa dia tidak mengetahui tentang larangan tersebut dan tidak dimaklumkan ketika dalam penerbangan, penjelasan itu dibuat dalam bahasa Cina.

Kes yang berlaku mendapat liputan meluas hingga ke Cina, juga difahamkan bahawa sekembalinya anak guamnya itu ke Cina akan dikenakan tindakan menerusi China Tourism Board.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : Bernama

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here