Definisi Penyu

Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan.

haiwan

Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya.

Penyu Dilanda Kepupusan

Anda perlu tahu bahawa penyu adalah salah satu haiwan yang diancam akan mengalami kepupusan. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka. Setiap tahun, populasi penyu yang mendarat untuk bertelur semakin berkurangan.

haiwan

Antara ancaman yang dihadapi oleh penyu adalah pemburuan daging dan telurnya secara haram, terutamanya di China, Filipina, India, Indonesia dan beberapa negara di Amerika.

Dianggarkan 35,000 penyu dibunuh setahun di Mexico dan Nicaragua sehingga ada ahli pemulihara di Mexico dan Amerika Syarikat melancarkan kempen “Don’t Eat Sea Turtle” untuk mengurangkan perdagangan produk haiwan ini.

haiwan

Serpihan-serpihan yang bersepah di laut menjadi ancaman paling besar terhadap penyu, terutamanya puing-puing plastik dan pukat-pukat jaring ikan yang disalahsangka oleh penyu sebagai obor-obor, atau makanannya. Serpihan yang dimakan ini akan tersangkut di perut apabila dimakan yang akan menyebabkan kematian haiwan ini.

Lelaki Dihukum Kerana Memiliki 4 Potong Sisi Cenkerang Penyu

Lelaki Filipina dihukum penjara tiga tahun dan denda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini, selepas mengaku salah atas pertuduhan memiliki empat potong sisi cengkerang penyu hijau di perairan Pulau Kerindingan, Semporna, bulan lalu.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap Karan Dati, 31, dan memerintahkan tertuduh dihukum penjara setahun lagi, jika gagal membayar denda.

haiwan

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki empat potong sisi cengkerang penyu hijau (Chelonia Mydas) di perairan Pulau Kerindingan, Semporna, 1.30 pagi, pada 14 Januari lalu.

Penyu itu adalah haiwan dilindungi sepenuhnya yang disenaraikan dalam Bahagian 1 Jadual 1 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 41(4) enakmen sama.

haiwan

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Abdul Karim Dakog manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Semporna memintas bot yang dinaiki tiga individu termasuk tertuduh.

Mereka dipercayai menjalankan aktiviti menangkap penyu. Bagaimanapun, seorang suspek melepaskan diri.

Pemeriksaan lanjut di dalam bot itu mendapati peralatan yang disyaki digunakan untuk menangkap penyu dan empat potong sisi cengkerang penyu.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Utusan

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here