Lokasi makan malam kita kali ini bertempat di Idrus Ikan Bakar yang berada di Bayan Lepas. Bila jejakkan sahaja kaki di Idrus Ikan Bakar bersama perut yang lapar, aroma makanan di restoran ini menyebabkan kami masing-masing kecur air liur terutamanya apabila melihat pengunjung restoran menyuap enak makanan yang terhidang diatas meja.

Idrus Ikan Bakar

Kehadiran kami disambut mesra oleh tuan empunya kedai dan kami dihidangkan dengan menu signatur mereka iaitu semestinya ikan siakap bakar cicah air asam. Sedap Baq Hang!!!!

Idrus Ikan Bakar

Istimewa ikan ini terletak pada sambal yang ada pada ikan bakar tersebut yang terletak pada sambalnya yang dibuat dengan menggunakan resepi turun temurun. Ikannya pula dibakar sedang elok, tidak terlalu kering atau terlalu basah. Bak kata orang putih, ‘Just nice’.

Bagi sesetengah orang yang tidak begitu menggemari ikan kerana rasa hanyir, jangan risau. Ikan yang cukup segar ditambah pula dengan rasa air asam yang pedas membuatkan anda bertukar fikiran serta merta.

BACA JUGA :   Warga Emas Ditendang Ketika Menunggang Motosikal

Selain ikan bakar, anda juga boleh menikmati ‘Soft-shell crab’ goreng tepung yang sememangnya memberi kepuasan sejati bagi penggemar ketam.

Idrus Ikan Bakar

Udang goreng mentega juga menambat selera kami dengan saiz udang yang besar dan juraian mentega yang garing, halus dan mudah cair di mulut.

Nak sesuatu yang berkuah? Anda boleh cuba hidangan tom yam yang cukup berbaloi. Jika selama ini anda makan tomyam hanya dipenuhi dengan batang-batang serai, kali ini mangkuk tom yam anda penuh dengan makanan laut.

Idrus Ikan Bakar

Bagi anda yang gilakan makanan pedas dicadangkan agar anda meminta cili potong kerana tom yam ini tidaklah begitu pedas dan kuahnya seidikit cair, sesuai bagi anda yang membawa anak kecil atau orang tua yang tidak begitu gemar akan makanan pedas.

BACA JUGA :   Ladang Ini Tempat Wajib Anda Kunjungi Kalau Anda Penggemar Buah

Idrus Ikan Bakar

Dari tomyam kami beralih pula kepada hidangan siakap tiga rasa. Abaikan udang seketul di hidangan tersebut, tumpukan perhatian anda sepenuhnya kepada ikan tersebut. Sosnya pekat dan mewah memberikan ‘kick’ kepada ikan siakap yang digoreng garing. Rasa sos tersebut sedang elok sahaja, tidak terlalu manis atau terlalu manis.

Idrus Ikan Bakar

Hidangan terakhir yang dihidangkan kepada kami ialah ketam goreng berlada. Keistimewaan hidangan ini ialah sambalnya yang masam-masam manis dan tidak terlalu pedas. Ketamnya juga besar dan cukup memberi kepuasan.

Harga makanan laut disini dikira mengikut berat dan cara masakan ditentuan sendiri oleh pelanggan mengikut citarasa masing-masing.

Berbaloi bukan? Apalagi, jom kita ke Idrus Ikan Bakar.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here