Komander Rejimen 508
Kredit foto : NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Beberapa hari selepas pengumuman bahawa Biro Tatanegara (BTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dimansuhkan oleh kerajaan PH, bekas menteri dari blok pembangkang iaitu Khairy Jamaluddin memutuskan untuk meletakkan jawatannya selaku Komander Rejimen 508.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau mengumumkan peletakan jawatan itu menerusi satu surat rasmi yang turut dikongsi di laman Twitter miliknya.

Komander Rejimen 508

“Penyerahan surat peletakan jawatan sebagai Komander 508AW dan permohonan pembatalan tauliah kepada Mej Jen Dato’ Zainal AP BPS. Terima kasih kepada warga 508AW atas kerjasama selama hampir lima tahun saya menjadi Komander”, tulis KJ.

Apabila ditanya, Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa  sebab utama beliau berbuat demikian adalah kerana beliau merasakan kehadirannya dalam rejimen berkenaan tidak lagi disenangi dan dialu-alukan.

BACA JUGA :   Pembangkang Sedia Maafkan PH Jika Mungkiri 2 Janji Manifesto Ini...

Pangkat sebagai Komander Rejimen 508 itu dipegang oleh Khairy Jamaluddin sejak tahun 2014. Beliau juga adalah menteri pertama yang diberikan anugerah ketenteraan setelah menyertai beberapa kursus latihan anjuran  rejimen berkenaan.

komander rejimen
KJ merasakan dirinya tidak lagi disenangi dan dialu-alukan di dalam rejimen berkenaan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

BACA JUGA :   Laungan ‘Selamatkan Baitulmaqdis’ Bergema Di Depan Kedutaan AS

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here