Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir, menegaskan bahawa Malaysia tidak mahu masuk campur dalam peperangan yang sedang berlaku di Timur Tengah, khususnya Arab Saudi.

“Arab Saudi kini dalam perang. Oleh sebab itu, kita tidak mahu terlibat dengan mana-mana perang luar. Kami tidak akan dituduh membantu mana-mana perang yang agresif”.

 

arab saudi
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir

Tun M juga mengaitkan Arab Saudi yang sebelum ini pernah mengetuai gabungan beberapa negara dalam serangan terhadap Yaman dan konflik negara tersebut dengan Myanmar.

Tun M yang ditemui dalam Associated Press (AP) turut menjelaskan isu berkenaan apabila kabinet memutuskan untuk memanggil pulang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Arab Saudi.

arab saudi
Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu

Jun lalu, Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu telah mengarahkan pasukan ATM yang berada di Arab Saudi supaya pulang semula ke Malaysia.

BACA JUGA :   Tok Mat & Khaled Nordin Terpaksa Dikorbankan Demi Jatuhkan Najib

“Pendirian Malaysia adalah mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana ideologi politik di dunia termasuk dalam usaha mengekalkan hubungan dengan negara lain di Asia Barat”- Mohamad Sabu

arab saudi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Sehubungan dengan itu, Mohamad  Sabu juga berkata, kehadiran anggota tentera Malaysia yang dihantar oleh pentadbiran sebelum ini di Arab Saudi akan menyebabkan Malaysia terperangkap dalam konflik tersebut secara tidak langsung.

Walau bagaimanapun, tindakan kerajaan mendapat bantahan daripada parlimen PAS, Ahmad Fadhli Shaari. Beliau menyifatkan tindakan Tun M itu menunjukkan bahawa Malaysia seakan-akan memihak terhadap pemberontakan yang berlaku di Yaman.

arab saudi
Parlimen PAS, Ahmad Fadhli Shaari

Parlimen PAS itu tidak begitu setuju dengan penarikan balik pasukan ATM. “Malaysia juga tidak pernah terlibat dalam operasi ketenteraan di Yaman”.

BACA JUGA :   Tun M Akui Lambat Laun Rakyat Akan Hilang Kepercayaan Kepada PH

arab saudi

“Adanya tentera kita di sana sejak tahun 2015 yang mana ianya lebih kepada bantuan dari segi kemanusiaan sedikit sebanyak membantu negara luar seterusnya menjadi simbil perpaduan dan menguatkan hubungan diantara Malaysia dengan Arab Saudi”. –Ahmad Fadhli Shaari

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here