Selepas tempoh tiga minggu, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping sekali lagi dikejutkan dengan kes keracunan makanan yang menyebabkan lebih kurang 20 pelajar dihantar ke hospital hari ini bagi rawatan segera.

Kes terdahulu melibatkan seramai 31 pelajar sekolah tersebut pada 12 Julai lalu. Prof Dr Abdul Aziz Bari yang merupakan Exco Pendidikan, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Penerangan telah memberi pengesahan bahawa 20 pelajar MRSM telah ditahan di Hospital Taiping bagi rawatan susulan.

Prof Dr Abdul Aziz bakal melawat ke sekolah terbabit dan mangsa keracunan makanan di hospital berkenaan pada sebelah petang.

Sementara itu, seorang waris pelajar yang dikenali sebagai Lina berkata beliau menerima panggilan telefon daripada anaknya memaklumkan mengenai kes tersebut awal pagi ini.-Kosmo Online!

BACA JUGA :   10 Sekolah Terbaik SPM 2017 Bagi SBP & MRSM

 

Beliau berkata pelajar terbabit dikatakan mengalami cirit birit selepas menikmati sarapan pagi di dewan makan asrama maktab berkenaan.-Kosmo Online!

Beliau juga meluahkan rasa bimbang sekiranya kes keracunan makanan ini kembali berulang dan pada masa yang sama menjadi ancaman terhadap keselamatan serta kesihatan para pelajar.

Kes keracunan bukanlah satu perkara asing dalam kalangan institusi pendidikan mahupun organisasi lain yang terdapat di Malysia.

Seharusnya, pihak berwajib perlu bersikap lebih tegas dalam soal pemantauan terhadap kebersihan premis dan juga pekerja kerana pengendalian makanan memerlukan suatu proses yang cukup teliti.

Sebelum menerima tender kantin atau premis, perhatian seharusnya bukan sahaja diberikan dari aspek harga dan menu sahaja. Seharusnya, aspek latar belakang syarikat juga perlu diberi perhatian termasuklah rekod kebersihan yang boleh diselidik melalui Kementerian Kesihatan Malaysia.

BACA JUGA :   10 Sekolah Terbaik SPM 2017 Bagi SBP & MRSM

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here