Sesetengah orang mempunyai rumah yang agak kecil. Tambah-tambah lagi bagi mereka yang bujang ataupun bagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ingin memulakan hidup sendiri.
Sekiranya anda memiliki ruangan kediaman yang agak kecil, dan runsing untuk menghias rumah anda, jangan risau. Berikut merupakan beberapa rahsia yang boleh membuatkan rumah anda yang kecil terlihat besar dan luas.
#1. Guna warna cerah untuk dinding
Jika sebelum ini dinding kediaman anda dicat dengan menggunakan warna yang agak gelap, ubah kepada warna yang lebih cerah ataupun terang seperti putih ataupun kuning cair.
Cara ini sentiasa diamalkan oleh orang Inggeris apabila mereka ingin memilih warna cat untuk dinding rumah mereka. Warna yang cerah dan terang dapat menjadikan ruang rumah anda terlihat luas.
Selain itu, secara tidak langsung, anda juga akan sentiasa berasa lapang dan segar apabila berada di dalam rumah.
#2. Letak cermin
Cara ini adalah cara paling efektif untuk menjadikan ruang kediaman anda terasa luas. Anda disarankan untuk meletakkan cermin yang bersaiz sedang di posisi bahagian rumah.
Hias bingkai cermin tersebut dengan hiasan yang anda gemari agar cermin tersebut tidak begitu kosong apabila dipandang.
#3. Gantung aksesori atau alat elektronik kecil di dinding
Jika rumah anda memiliki agak banyak aksesori atau alat elektronik yang kecil, jangan runsing. Anda boleh menggantungkan barang-barang tersebut pada dinding.
Antara aksesori atau alat elektronik yang boleh digantung ialah televisyen, pasu bunga kecil, rak buku, speaker dan sebagainya.
Apabila barang-barang tersebut digantung ke dinding dan tidak menyentuh bahagian lantai, ruang rumah anda akan terlihat besar tanpa anda sedari.
#4. Cat siling dengan warna gelap
Warna dinding dan siling yang berbeza boleh memberi nafas baru kepada penghuni rumah.
Cuba cat siling kediaman anda dengan warna yang agak gelap kerana ia boleh menjadikan ruang rumah anda kelihatan besar dan luas.
#5. Guna perabot yang bersaiz kecil dan tidak memakan banyak ruang
Perabot yang besar tidak sesuai untuk rumah yang agak kecil. Cuba isi ruang kediaman anda dengan perabot yang bersaiz kecil kerana anda boleh memuatkan banyak lagi perabot lain dalam ruangan tersebut.
#6. Pakai perabot yang multifunction
Perabot multifunction sudah terlalu banyak dijual kerana sering menjadi pilihan pengguna. Ia bukan sahaja dapat menjimatkan wang anda tidak perlu runsing lagi untuk membeli perabot yang banyak.
Meja makan yang boleh dilipat ke dinding, sofa yang boleh berfungsi sebagai katil, tangga yang boleh berfungsi sebagai laci menyimpan barang boleh menjimatkan ruang kediaman anda.
Semoga tip dia atas dapat membantu anda untuk menghias kediaman kecil anda supaya terlihat besar dan luas. Selamat mencuba!
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.