Setiap kali penghujung tahun tiba, hanya ada satu perkara yang sentiasa difikirkan oleh semua rakyat Malaysia. Banjir. Ya, dengan taburan hujan melebihi 1500 mm setiap tahun, musim bah sudah termasuk dalam takwim tahunan Malaysia.

Hampir semua negeri di Malaysia akan mengalami musim banjir ini kerana taburan hujan yang lebih tinggi pada penghujung tahun termasuklah Sabah dan Sarawak. Tetapi, kesan yang lebih buruk kita boleh lihat di negeri-negeri di pantai timur.

Tahun 2014, tahun yang mencatatkan fenomena banjir terburuk dalam sejarah Malaysia. Hampir keseluruhan Kelantan dan Terengganu menjadi lumpuh kerana air banjir yang melimpahi negeri tersebt hampir 4 bulan lamanya.

Banjir
Banjir sudah menjadi seperti acara tahunan dan telah menyebabkan kerugian berjuta ringgit setiap tahun. (Sumber gambar: Utusan)

Peruntukan Khas Untuk Hadapi Banjir

Untuk itu, kerajaan saban tahun telah memperuntukkan sejumlah peruntukan bagi mempersiapkan negara untuk bencana tahunan itu. Walau pun kerajaan Malaysia telah bertukar pentadbiran, namun usaha persiapan bencana bah ini tetap digiatkan.

BACA JUGA :   Malaysia Muncul Naib Juara Bertemu Belanda di Piala Dunia Hoki 5S

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah menyatakan bahawa kerajaan persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM50 juta bagi persiapan bencana bah yang dijangka akan melanda negara menjelang Disember.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan ismail mengumumkan inisiatif banjir tersebut dalam sidang parlimen tadi. (Sumber gambar: Bernama)

Beli Aset Untuk Mudahkan Pergerakan

Bajet sebanyak RM50 juta ini termasuklah pembelian aset seperti bot amfibia, bot penyelamat, bot penyelamat pelbagai saiz, pacuan empat roda, lori 5 dan 7 tan, serta cubicle tent.

Pembelian aset ini akan menambah jumlah aset asal yang telah tersedia dan diharapkan mampu memudahkan perjalanan penyelamat ke tempat bencana yang sukar untuk dilalui oleh kenderan biasa.

Contoh bot amfibia yang akan dibeli oleh kerajaan bagi memudahkan operasi banjiir nanti. (Sumber gambar: Defense Studies

Pada bencana banjir 2014, kekurangan kenderaan yang sesuai menyebabkan bantuan yang terlalu banyak lambat untuk disampaikan kepada mangsa yang terperangkap kerana sukar untuk dibawa masuk ke tempat bencana kerana tiada kenderaan yang sesuai.

BACA JUGA :   Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Kereta Anda Terperangkap Dalam Banjir?

Latihan Kemahiran Kendiri Untuk Masyarakat

Selain daripada pembelian aset, program latihan persiapan bencana kepada masyarakat yang kini telah melibatkan lebih 6,000 orang penyertaan di 12 lokasi seluruh negara.

Ini bermakna, rakyat yang telah dilatih akan mempunyai kemahiran kendiri yang membolehkan mereka untuk membantu diri mereka dan orang di sekeliling mereka seandainay bencana banjir menjadi semakin teruk.

Bencana bah pada tahun 2014 telah melumpuhkan hampir keseuluruhan Kelantan. (Sumber gambar: mStar)

Bukan sahaja peranan kerajaan yang terlibat dalam persiapan banjir ini, malah peranan NGO turut digiatkan bersama dalam kerjasama libat urus bagi memastikan bantuan yang diterima dan disediakan dapat disampaikan kepada mangsa yang terlibat.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here