Antara agenda utama yang cuba dibawakan oleh kerajaan Pakatan Harapan adalah untuk menjadikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Pada pilihan raya umum yang lepas, Anwar Ibrahim tidak berkesempatan untuk bertanding dalam mana-mana kerusi parlimen kerana masih dipenjarakan di Penjara Sungai Buluh.
Ada desas-desus mengatakan bahawa sekiranya Pakatan Harapan memenagi pilihan raya umum dan menguasai pentadbiran Malaysia, Anwar Ibrahim akan dinaikkan sebagai Perdana Menteri yang seterusnya.
MP Selayang Diminta Untuk Meletakkan Jawatan?
Kini, ada khabar angin mengatakan bahawa ahli parlimen Selayang, William Leong dipaksa untuk meletakkan jawatan demi memberikan laluan kepada Ketua Umum PKR itu untuk menjadi ahli parlimen seterusnya boleh diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.
Walau bagaimana pun, ia disangkal sendiri oleh William tentang berita itu. Tetapi, dia menyatakan kesanggupan untuk berundur sekiranya diminta untuk berbuat demikian.
Dia menambah lagi, mana-mana daripada 51 orang ahli parlimen PKR sanggup untuk berundur demi Presiden PKR yang baharu itu sekiranya beliau ingin bertanding sebagai ahli parlimen.
Wan Azizah Kekal Dalam Parlimen dan Kabinet
Anwar Ibrahim yang baru dilantik sebagai Presiden PKR yang terbaharu ada menyatakan hasrat untuk bertanding di mana-mana kerusi parlimen. Namun, mana kerusi yang akan beliau bertanding tidak pula dinyatakan.
Pelbagai khabar angin antaranya, Datuk Sri Wan Azizah sendiri yang akan melepaskan kerusi yang dipegang beliau tetapi disangkal oleh beliau sendiri dengan mengatakan tetap dengan jawatan yang teah dipegangnya kini dalam kabinet dan di peringkat parti.
P. Prabakaran Memberi Laluan Untuk Anwar ibrahim?
Ahli parlimen termuda Malaysia, P. Parbakaran yang menyandang kerusi Batu juga dikaitkan dengan spekulasi perletakan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Beliau menafikan dakwaan demikian dan tetap dengan kerusi yang dipegangnya.
Jadi, siapa ahli parlimen PKR yang akan menjadi ‘korban’ untuk merealisasikan hasrat menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Kita tunggu dan lihat sahaja.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.